Apakah tanda-tanda orang yang benar-benar mencintai Allah s.w.t?
Tandanya adalah mereka sentiasa memandang Zat yang dicintainya, bukan memandang
apa yang telah dimilikinya. Ia sentiasa membaca kalam yang dicintainya dan
membacakannya untuk orang lain. Ia menjadikan dirinya sebagai seorang tamu apabila
sedang berada di rumah yang dicintainya. Oleh kerana itu, ia tidak akan melakukan
sesuatu yang menyebabkan ia dibenci oleh-Nya. Ia hidup bersama Zat yang dicintainya
dan
tidak akan pernah bercinta kepada selainnya.
Cintanya kepada Illahi begitu tulus dan jujur. Matanya hanya dapat memandang kebaikan yang dicintainya, dan tidak akan pernah tertarik pada kebaikan yang selainya.