Nurul Saleh Official Blog: December 2012
Black Bow Tie

Tuesday 25 December 2012

Hargai mereka :')

Mereka yang sentiasa ada bersama kita, tak semestinya akan kekal ada. Kita hanya akn 
merasai kehadiran mereka setelah mereka tiada. Tapi, kenapa harus sedar kewujudan setelah kehilangan?

Keluarga, Kawan-kawan, mereka yang kita kenal atau siapa pun yang pernah hadir dlm hidup kita, hargai masa bersama. Jangan ingat mereka selalu ada.

Mungkin setiap hari bila kita balik, mak akn menunggu dirumah, ayah akn pulang dari kerja, kakak abang akan bergurau senda, adik akan bermanja dgn kita. Iye, itu semua apa yg kita lalui setiap hari tanpa pernah kita fikir mereka akn pergi meningglkan kita.

Cuba bayangkan, jika kita balik, hanya sekujur tubuh menanti dirumah, atau mendpt pnggilan memberitahu kemalangan berlaku? Pernah terpkir? Kita harus sentiasa bersedia menghadapi takdir itu, jgn menyalahkan~

Dan kini, di Gaza Palestin. Adakah mereka merasai apa yang kita rasa?
Adakah mereka mempunyai masa terluang bersama keluarga?
Adakah mereka berpeluang bermanja dgn adik-beradik?
Adakah mereka masih boleh bergurau-senda dgn kawan-kawan?

Kita bersuka ria disini, tp ingat mereka di luar sana. Tidak semua dari mereka berpeluang mcm kita, bukan semua~

Jadi ingat hargailah semua yang ada dgn kita! Hargai sebelum terlambat! Biar menangis sekarang, jangan menangis kerana penyesalan yang tiada guna :') 



Thursday 20 December 2012

Masa dan wang

Pada satu malam, ketika si ayah pulang dari tempat kerja, datanglah si anak kepada ayahnya. Si anak melihat ayahnya begitu penat, dia mengambil segelas air dan berikan kepada ayahnya. 

Anak: Ayah, ini air.
*Si ayah mengambil air itu dan meneguknya*

Anak: Ayah, berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu!

Anak: Saya saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu saya, berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
*Si anak merayu*

Ayah: 20 ringgit sejam! Kenapa nak tahu?
*Jerkah ayahnya lagi*

Anak: Oh 20 ringgit.
*Si anak menundukkan muka*

Anak: Ayah boleh tak saya nak pinjam 10 ringgit?
 *Si ayah mula menjadi berang*

Ayah: Oh, itu sebabnya kamu nak tanya berapa pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Minta sampai 10 ringgit! Nak beli mainan lagi? Ayah penat-penat kerja nak cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya? Dah! Pergi masuk bilik! Pukul berapa dah ni.
*Si anak terdiam dan perlahan masuk kebiliknya. Si ayah tertanya-tanya kenapa anaknya yang baru sekolah rendah itu meminta wang sampai 10 ringgit. Si ayah kemudiannya kembali tenang, dan terfikir mungkin anaknya memerlukan wang tersebut untuk kegunaan sekolahnya. Si ayah rasa bersalah, dan menuju kebilik anaknya. Si anak masih belum tidur*

Ayah: Kamu benar-benar mahukan 10 ringgit? Nah, ambil ni.
*Si ayah menghulurkan sekeping 10 ringgit. Si anak gembira dan suka menerimanya*

Anak: Terima kasih ayah!
*Lalu dia mengangkat bantalnya, dan mengambil sekeping 10 ringgit yang telah ronyok di bawah bantal itu. Si ayah kembali berang*

Ayah: Kenapa kamu minta duit sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu!? Dari mana kamu dapat duit tersebut!?
*Si anak tunduk ketakutan. Tidak berani memandang ayahnya. Dia menggenggam duit tersebut dan cuba menjelaskan sesuatu kepada ayahnya*

Anak: Duit ni saya simpan sikit-sikit dari duit belanja sekolah yang ayah bagi. Saya tak cukup duit....
*Tak sempat si anak menghabiskan ayat, si ayah menyampuk*

Ayah: Tak cukup duit nak beli apa!?
*Jerkah si ayah*

Anak: Ayah, saya pinjam duit ayah nak cukupkan 20 ringgit. Sejak, ibu meninggal, ayah jarang berada dirumah. Selalu balik lambat. Jadi saya nak beli sejam masa ayah dari pejabat supaya ayah pulang awal esok. Dah lama saya tak makan malam bersama ayah.

Carilah masa untuk kita bersama mereka yang tersayang. 

Wednesday 5 December 2012

Kita tak pernah sunyi

Kalau kita perasan, status dkat fb atau tweet dkat twitter, mesti ada yang akan tulis 'aku kesunyian' atau 'i am alone' atau apa2 yang berkaitan dgn sunyi. Kenapa kita rasa sunyi? Selalunya semua itu dipost setelah putus dgn kekasih. 

Hey, yg tinggalkan kamu tu kekasih, bukannya keluarga atau sahabat2 kamu. Kenapa nak sunyi? Perasaan sunyi itu akn wujud bila dia sendirian tanpa ada yang menemani. You have your own family and friends. Jadi sunyi takkan pernah ada dalam hidup kita. 

Allah tidak akan membenarkan hambaNya hidup dalam kesedihan. Jika kita kehilangan org yg tersayang, pasti ada hikmah disebaliknya. 

We still have family to help us when we in trouble. We have friends to stay by your side when you in sad. Allah know the best for us. 

Hanya kita sahaja jangan sesekali menyendirikan diri. Berdikari, hidup sendiri dan menyendiri lain maksudnya. Independent means stay without make problems. Hidup sendiri bermakna tidak meminta pertolongan orang lain. 

Menyendiri pula bermakna, menyeksa diri sendiri tanpa pengetahuan orang. Dan akn menyebabkan kerisauan orang terdekat tanpa berita dari kita.

So, please. Don't ever say you are alone just because of you had breaks with your boyfriend or girlfriend :)
Sexy Pink Heart - Busy