Nurul Saleh Official Blog: February 2014
Black Bow Tie

Friday 21 February 2014

Masih ada yang lebih daripada kita

Assalamualaikum :) rasa rindu pula nak menaip. Huhuhu. Maklumlah, oleh kerana masalah melanda jiwa, ada aje halangan untuk update. Hehehe~Apa khabar semua? Sehat? :D Alhamdulillah. Semoga semuanya sehat-sehat belaka. Jgn lupa bersyukur dgn kesihatan yang Allah beri kpd kita. Bukan semua orang dpt kesihatan yg sempurna mcm kita :')

Hari tu, Nurul ada pergi satu tmpat. Satu tmpat rawatan lah di Beranang. Nurul pergi atas sebab masalah kesihatan Nurul. Waktu Nurul sakit, Nurul pernah terfikir.

Kenapalah aku sakit?
Kenapa orang lain tak rasa mcm aku rasa?

Hmm, Ya Allah. Nurul rasa agak down waktu tu. Tp, Nurul lupa. Orang disekeliling Nurul juga turut risau dgn keadaan Nurul :') keluarga dan kawan-kawanlah orang yang paling bersama dgn Nurul ketika Nurul sakit. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menghadirkan mereka dalam hidup Nurul~

Nurul pergi sana bila kawan mak ada bercerita ttg kepakaran sorang Prof disana. Time smpai dkat situ, Nurul nampak ramai orang. Sorang-sorang Nurul tgk dan perhatikan. Ada yang strok, ada yang kanser, ada yang sakit kronik. Macam-macamlah~ Hmm. Baru Nurul sedar,

Bukan aku yang teruk, tp ada lagi. Kenapa mereka boleh tabah, tp aku tak boleh?

Sebenarnya, setiap apa yang kita rasa dalam dunia ni. Masih ada yang lebih dari kita. Allah memberi kita sakit sbb nak kita ingat pada Dia. Mungkin waktu kita sehat dulu, kita lupa pada Dia. Atau Allah ingin mengangkat darjat seseorang itu disisinya. Wallahualam~

So! Haha. Jgnlah kita ingat mcm kita ni je, yg sakit teruk. Mcm kita je yang paling sedih. Mcm kita je yang paling menderita. Cuba muhasabah diri atas setiap yg menimpa :)

Sunday 16 February 2014

Sejuk menjadi 'musuh'

Pukul 6.10, alarm bunyi. Standardlahkan, nak bangun subuh. Nurul buka mata, then duduk. Selang 3 minit terlelap sambil duduk, barulah nak bangun berdiri. Sekali, BUM! Jatuh! Dengan muka yg sangat terkejut Nurul pun bangunlah duduk atas katil. Nurul tak boleh rasa kaki, tibe2 je. Lpas 5 minit mcm tu, brulah kaki kebas then ok. That's the first time!

Assalamualaikum semua, hehe~ Td tu throwback sebelum nie. Permulaan cerita. Hahaha. Actually benda ni terjadi last year. Suddenly bangun dari tidur jadi mcm tu. Tp, Nurul takde cerita dgn mak. Sbb benda tu the first and the last jadi. 

Bulan 5 tahun lpas, Nurul ikut rombongan family pergi Kedah then berholiday ke Penang! Yeah! Awesome gila dlm bas. Bersuka ria, smbil berkaraoke you know. Actually, actually Nurul ad post video family Nurul dkat youtube tu :) Trip of Keluarga Jumeah
Tiba2, akibat dah lama sangat dalam bas tu, Nurul rasa bahagian kaki ni macam sejuk yg amat. Sakit+bisa bukan main. Nurul mengadu dkat mak, mak sapu minyak panas, mak kata kaki Nurul mcm ais. Mak, kakak dgn abg pun, pkaikan stokin, baju sejuk, selimut semualah. Bila dah smpai tmpat penginapan, mak tanya boleh jalan ke tak. Nurul cuba jalan, tp hanya Allah je yg tahu, sakit kaki waktu pijak tu. Terus ckp dgn abg yg Nurul stuck, tak boleh jalan. Abg dukung Nurul time tu *rasa mcm bru umur 6tahun je ;p

Mak cik Nurul ad yg bawak wheelchair untuk kemudahan dia. Tp, Nurul plak yg pkai. Heeee. Hmm, sakit punya pasal, tak kisahlah. Bila smpai rumah penginapan tu, mak tutup aircond. Mungkin sbb Nurul terlalu lama dlm aircond, that's why boleh jadi sejuk mcm tu. Lama jugaklah, dlm sejam mcm tu bru ok. Esoknya plak, Nurul hanya mampu pndg anak2 buah mandi kolam. Pndg jelah mampu. Nak pasang aircond dlm bas pun, dorang kena low kan.

Start pada hari itulah, Nurul mula tak boleh kena sejuk sgt. Kalau dlm kelas tu, kena keluar kelas sbb sejuk. Pernh juga call abah untuk amik Nurul sbb sakit kaki tu dtg. Nurul mandi guna air panas, aircond dah tak pasang. Dan since that day, SEJUK mula menjadi MUSUH :(

Tapi, Nurul bersyukur, even Nurul tak boleh kena sejuk, dlm dunia ni ad bnyk altenatif untuk rawat penyakit. Just kita kena cuba satu-persatu. Dan yg penting bersabar. Sbb sabar itu adalah kunci segalanya. Lagi satu. kena ingat, Allah sentiasa memberi kita ujian untuk kita ingat padaNya. Pasti ada sbb kenapa Allah berikan ujian sebegini :)

Kakak Nurul ada bagi satu 'ubat' ULTIMATE PAIN KILLER!

Cubalah, inshaAllah. Satu syarat adalah
YAKIN!

Yakin yg Allah akn menolong kita, dan membantu kita :)

Firman Allah :

“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (Asy-Syu’araa’ 26:80)

Hadis Nabi :

“Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan  untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia?     ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”


Friday 14 February 2014

Antara kawan dan sahabat =)

Kawan? Sahabat? Kawan? Sahabat? Dua perkara yang sangat berbeza =)
mcm sama je. Kan? Hehe~

Ada bezalah. Beza dia dari segi ejaan! =D Haha. Kidding~

Kawan adalah orang yang ada di depan mata. Sahabat adalah orang yang sentiasa ada dgn kita. 

Apa yang membezakan mereka?

Kalau kita dlm kesusahan, kawan mmg ada dgn kita. Tapi, kehadiran dia hanya kalau kita berada di depan mata. Contoh nak kenal kawan ni, 

Kawan ada bila kita senang, susah dia takde
Kawan ada bila kita tgh gembira, bila sedih dia pergi
Kawan bila kita mengadu, dia hanya mendgr. JUST LISTEN itu je
Kawan bila kita hilang berita, dia pun akan hilang juga~

Sahabat tu mcm mana pula?

Sahabat adalah teman yang paling memahami kita =') Kehadiran sahabat setiap masa. Contoh nak kenal sahabat kita,

Sahabat ada bila kita senang, bila susah dia yg menyenangkan
Sahabat ada bila kita gembira, bila sedih dialah yang menggembirakan
Sahabat bila kita mengadu, dialah pendengar dan dialah penasihat
Sahabat bila kita hilang berita, dia akan mencari kita~

See the differences?
Kawan mudah dicari, Sahabat susah ditemui.
TAPI
tak bermaksud kawan tak boleh dijadikan sahabat, boleh je.

Macam mana?

Dengan cara, kita jadilah sahabat buat kawan kita tu! =D Nanti mesti dia kan menjadi sahabat kita juga

Siapa kata tak boleh? Hehe~

Nurul amat bertuah sbb ditemukan dengan kawan2 yang amat memahami dan sentiasa ad dgn Nurul =) Mereka seperti anugerah terindah Nurul. Terima kasih Allah =')

Hanya satu je yang Nurul harapkan, semoga persahabatan ini akan kekal menuju syurga. Dan sahabat-sahabat Nurul ni juga yg akn membimbing Nurul kearah yang di Redhai olehMu Allah~

'Ya Allah, ku mohon. Kau rapatkan hubungan kami. Kekalkan pertemuan yang telah Kau rancangkan ini. Jika kami jauh, kau eratkanlah kami. Jika kami berselisih faham, Kau tunjukkanlah jalan agar kami berbaik'

Amin Ya Rabbal Al-Amin


Thursday 13 February 2014

My Final Year in KPTMKL!

Assalamualaikum! Haih, lama dah tak update nie. Heeee. Busy dengan presentation+assigment+big event! Wuooohhhh! Penat. Hehehe =D

My FAR360 presentation were done tadi. Fuh! Agak tegang juga duduk dalam bilik presentation td. Mana taknya, dengan sejuk campur plak hati yang tak keruan dengan pertanyaan yang ditanyakan. Habislah! *hati kecilku berkata. 
Dengan dihadiri oleh dua orang judges *lecturers sbnarnya haha. Setiap dari budak group Nurul ditanya. Buat masa ni, alhamdulillah rasanya. Cacat cela sikit2 tu normal lah~Kita tak boleh nak expect everything is perfect, right?

So, lpas ni nak fokus untuk ENT300 plak! Photography punya studio! Project kamilah! InshaAllah, will done the best. Because this is our last presentation for sem 6! Doakan kami ea? hehe~

Big Event??!! Yeah! Sebelum nak tinggalkan kolej, mestilah rasa nak tinggalkan satu kenangan kan? So nanti takdelah rasa mcm takde apa2 yang Nurul buat dkat kolej. Huhuhu~

My team JPP, akn buat dinner di Tasik Titiwangsa this upcoming March! Wuhooo~
Another 3 weeks from now. Agak kelam-kabut sikitlah kan. Sbb masing-masing busy dgn our own student duty. Tp, takpe as long we all can divide our time properly, so it will be ok. Just ingatlah, jgn terlalu fokus kpd perkara yang tak kecil, sehingga yang besar kita lupa =)

So, untuk entry kali ini, Nurul minta doakan kami semua pelajar sem akhir UiTM-KPTMKL menjadi pelajar cemerlang =') 

Ya Allah, mudahkan kami dalam menuju kejayaan. Bukalah pintu hati kami dalam mendapatkan hidayahMU. Tenangkan hati kami. Mudahkan kami memahami apa yang diajar oleh para pensyarah. Bimbinglah kami menuju jalan yang diredhaiMU 

-Amin-

Saturday 8 February 2014

NSmomentbabies| Nur Damia Lutfiah

Click!Click!Click!
Hahaha, bukan main click lagikan? So, for today new entry is about babies portrait yang Nurul dah snap before ni? Dalam tahun lpas tak silap. Hehe~Baru nak update. 

Photography is my passion

Bukan main speaking jemah. Haha. Nurul pun tak tahu kenapa, kenapalahkan, hmm kenapa ea? Kenapa ap? Kenapa Nurul suka sangat snap gmbar. Actually, minat Nurul ni start dari Nurul skola lagi. Suka tgk orang snap gmbar, dengan editing. Tp time budak2 nak editing gmbar tu, pham2 jelah cara editing dia kan? Bermacam-macam effect. Kalau boleh, satu gmbar tu nak guna semua effect >.< Hehe

Antara sebab lain kenapa Nurul suka snap gmbar adalah sbb Nurul suka tgk keceriaan diwajah-wajah orang yang ingin dishoot. Nurul nak snap gmbar agar itu menjadi momen terindah bg setiap orang. So, kenangan terindah mestilah nak di stop dengan cara menjadikan gmbar. Kalau nak stopkan masa, mmg tak dptlah kan =p

Jadi, tanggal 23 November 2013 Nurul telah di'hire' oleh kakak sepupu untuk jadi photographer di Majlis Aqiqah anaknya. Itulah yang nama dia Nur Damia Lutfiah bt Mohd Akhir. Agak senang nak snap gmbar budak kecik ni, sbb dia sgt mudah senyum.Dengan muka dia yang putih tu, aduhai dah mcm snow white. Putih merah taw!

Banyak pula nak bercelotehkan? Haha. So, tgk jelah gmbar2 yg Nurul berjaya snap =) Selamat beramal =p Haha






Yang ni berkaitan dengan Majlis Aqiqah si kecil ni =) nak tgk aksi dia, meh kita usha bawah ni plak =D





Jadi inilah dia si kecil putih merah =) Kalau berminat nak amik gmbar baby, bolehlah comment disini ~





Friday 7 February 2014

I am Limited Edition

Assalamualaikum! :)

Apa khabar semua? Hopefully semua baik-baik saje =D InshaAllah~

Nurul agak baru in blog, so for sure Nurul cuba meneroka keindahan para blogger mencantikkan blog mereka. Nurul ni tak pandai sangat bab-bab nak edit2 blog nie. Edit gambar tu Nurul pandailah =P Hehehe~ Menjadikan blog Irine Nadia sebagai inspirasi, Nurul sedang cuba slow-slow nie. Bak kata orang pelan-pelan kayuh =D Haha

Sekarang ni, mungkin blog orang dah tak ramai pakai kowt. Iyelah, siapa plak yang rajinkan nak update blog. Tapi, Nurul nak juga cuba. Share apa yang patut. Bercerita, mcm diary. Hahaha. But, not fully about my personal life lah kan. Hehe~

Nurul ni adalah seorang student biasa yang belajar di KPTMKL. Tahu? Alah, Kolej-Poly Tech Mara tu. Uppps! Mungkin University-Kolej Poly-Tech Mara. Dah upgrade dah sekarang kolej Nurul ni. Macam entry Nurul sebelum ni. Nurul ad ceritalah sikit tentang siapa Nurul. Tekan 'my first entry' untuk usha skit. Haha. 

Nurul nak imbas kembali apa yang 20 tahun dahulu. Kejadian berlaku dalam 15 April 1993. Lahirnya seorang puteri yang diberi nama Nurul Syuhaidah bt Mohd Saleh. Hehe~Sayalah orangnya!


Kecik-kecik dah pandai pose you alls! Haha. Nurul adalah anak bongsu. So, ayat pertama selepas cakap anak bongsu adalah? MANJA!
Hah, yes i am. Nurul manja, manja dgn mak abah abg-abg kakak-kakak, keluarga dan kawan-kawan. Sifat manja Nurul mmg tak dpt disangkal lagi. Beza umur antara Nurul dengan kakak atas Nurul pun jauh. 8 tahun bezanya. Hehehe. So dah boleh agaklah kan kalau manja tu =p

TAPI! Harus diingat ea? Anak manja ini juga agak baran sikit orangnya. Pemarah yes i am. Tapi, pemarah mcm mana punlah, kalau orang tu pandai cool down kan balik, so i will be cool down back. Nurul marah bukan jenis yang lama-lama tu. One more, jangan ingat, anak manja ni semua yang dia nak akan dapat. NOPE! Specialnya anak bongsu adalah, kalau dia nak manja tu orang susah skit nak marah =p dah kata bongsu kan. Panggil 'adik' plak. Hahaha

Nurul ni pula agak senang berkawan. Nurul tak memilih kawan. Tp, kalau Nurul rasa agak susah nak berkawan dgn orang tu, Nurul akn slow-slow jelah. Takdelah smpai nak stop berkawan terus! Hehe. Nurul sering diberi nasihat 

'Pandailah memilih kawan'
'Kawan itu ramai, tp yang boleh jadi sahabat itu sedikit'
'Kawan mudah dicari, sahabat tu susah'


Antara ayat2 yang Nurul selalu dengarlah kan. Betul! Setiap ayat tu ad maksud dia tersendiri =)

Nurul paling tak suka orang yang bercakap pasal Nurul macam dah kenal Nurul lama. Boleh nak bercerita pasal Nurul. Topik perbualan kan ada macam-macam, mana tahu nak cerita pasal Nurul ke kan. Nurul ok saje =) TAPI! Pastikan, dah kenal Nurul lama, barulah boleh describe pasal Nurul. Janganlah baru sebulan kenal tp cerita pasal Nurul mcm dah bertahun-tahun kenal. Ok? Paling tak suka kalau cerita tu adalah benda yang tak betul~

Cuba tgk title post Nurul 'I am Limited Edition'
means?

I just want to let all of you know that I am not perfect because no one perfect in this world except Muhammad S.A.W Allah create me as who i am. I am no one, but 

I AM THE ONLY NURUL SYUHAIDAH MOHD SALEH.

and

I AM LIMITED EDITION


You may change me to be better, but do know me first. Kenal dulu Nurul mcm mana, then kalau Nurul buat kesilapan, tegurlah =) 


Yang ikhlas,
Nurul Syuhaidah =)


Sunday 2 February 2014

Ujian dari Allah adalah 'surat cinta' buat hambaNya


Jangan pernah kita mengeluh disetiap dugaan yang telah Dia berikan pada kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Betul, setiap kali dugaan atau ujian yang Dia hantarkan buat kita rasa lemah. Ketahuilah, Dia mengetahui kemampuan lebih dari diri kita sendiri. Dia Maha Pencipta. 

Ujian dari Allah itu adalah sebagai 'surat cinta' dari Dia buat hambaNya yg dirindui. Macam kita, apa yg biasa kita lakukan disaat merindui seseorang? Kita menghantar sms kan? Bertanya khabar, meluahkan rasa rindu. Hadirnya rindu tatkala kita berjauhan.

Disaat Allah merasakan hambaNya mula lupakan Dia, mula jauh dari Dia. Dia mengirimkan 'surat cinta' berbentuk ujian buat kita. Kadangkala kita tak sedar yang kita makin jauh dari Dia. Sayangnya Allah pada kita sehingga Dia memberi petunjuk dalam pelbagai cara.

Ujian yang mendatang ada pelbagai cara. Mungkin disaat kita sedang bahagia dengan kesenangan, namun kita lupa utk bersyukur. Mungkin juga disaat kita sedang menikmati kemudahan fizikal kita, namun kita gunakan kearah yang salah. Mungkin juga sewaktu kita dipuji dengan kecantikan yang Allah berikan, namun kita riak. 

Datangnya ujian dari Allah bukan utk menyusahkan, namun utk buat kita kembali padaNya, buat kita ingat pada Dia. Subhanallah, Allah tidak melupakan hambaNya.

Setelah ujian dihantar, hanya satu yang Dia harapkan. Kembalilah kita menuju jalanNya. Jalan yang telah Dia redhai. Berdoalah! Kerana doa adalah senjata utama kita. Doa juga adalah 'surat balas' kepada 'surat cinta' Allah :')



Sexy Pink Heart - Busy