Nurul Saleh Official Blog: April 2013
Black Bow Tie

Thursday 25 April 2013

Khas Buatmu Teman :')

Dari mata kita berpandangan, mula terukir satu senyuman. Senyuman penuh dgn keikhlasan, kita bertukar nama. Dan itulah tanda bermulanya, titik persahabatan.

Masing-masing hanya berdiam diri. Melihat sekeliling, hanya dipenuhi orang yang tidak dikenali. Mahu tegur, takut sombong. Hanya mampu, simpan di dalam hati niat untuk berkawan. Perkara ini yg sering kita alami saat bermulanya berada ditempat yang baru. Kebiasaannya pada hari pertama persekolahan atau orientasi. 

Bagaimana kita nak jadikan suasana yang sunyi sepi itu kepada, suasana yg ceria? Mulakanlah dgn senyuman, jika dibalas senyumannya, teruskanlah dengan ucapan salam. Bukan semua orang tidak akn membalasnya, kerana semua manusia pasti akn terharu dengan senyuman yg diberi. Pastikan senyuman yg terukir itu ikhlas :)

Persahabatan adalah satu hubungan yang berharga. Jika untuk memerlukan seorang sahabat, kita harus membayarnya, pasti kita semua tidak mampu bersahabat. Nilai persahabatan itu sangat tinggi. Hargai persahabatan dgn kejujuran dan kasih sayang.

Selain keluarga, sahabat adalah yg paling dekat. Ada perkara kita tak mampu nak luahkan pada keluarga, namun, pada sahabat segalanya bukan rahsia. Tangisan dan senda gurau yg mereka berikan utk kita amat ikhlas jika kita benar memahaminya.

Janganlah menikam belakang sahabat. Seorang sahabat pasti akn terluka dgn tindakan yg sebegitu. Jgn dilukai hatinya. Jagalah hati seorang sahabat umpama menjaga hati sendiri. 





TERIMA KASIH SAHABAT. KEHADIRAN KAMU TELAH MEMBERI AKU SENYUMAN. KAMU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA HATIKU :')

*p/s
Khas buat sahabat2 yg kenal syu :')

Mungkin bg korang, syu hanya kawan, tp bg syu koranglah sahabat. Terima kasih sbb hadir dan sentiasa ada dgn syu bila sedih dan gembira. Memberi syu nasihat, jika ada yg kesalahan syu buat. Membuat syu tersenyum bila syu bersedih. Syu hargai sgt. 

Buat kawan sekolah, yg ada menemani syu bila syu sakit. Ada dgn syu, bila ada masalah dkat kelas. Dan syu minta maaf sgt kalau syu buat korang terasa hati dgn syu. Syu rindu zaman sekolah :') Syu rindu nak lepak dgn korang semua~

Dkat kolej, sentiasa ada untuk belajar dan sentiasa ada jika diperlukan :') korang adalah sahabat yg paling best syu jumpa. Walaupun kita kenal baru sehari, seperti dah berkurun lamanya. Korang marah, korang buat syu menangis, korang buat syu ketawa, syu tahu semua itu ada sebab :') Tak sangka, kita boleh menjada rapat mcm nie. Terima kasih sgt <3

Duhai sahabat. saya Nurul Syuhaidah ingin memohon kemaafan jika terlepas cakap, terlepas pandang dan membuat sesiapa yg terasa hati. Syu minta maaf. Mungkin pertemuan kita sebelum ini adalah pertemuan yang terakhir. dan mungkin tidak. Itu semua adalah takdirNYA. Yang syu tahu, syu syg korang <3

Monday 22 April 2013

Mati itu pasti



Setiap yang hidup pasti akan mati

Itu adalah ayat yg sering kita dgr. Namun, tak pernah sekalipun kita selami maksudnya sehingga kita dengar pemergian seseorg dari dunia ini. Itu pun hanya untuk masa itu sahaja. 

Mati itu pasti, janji Allah itu pasti!

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia takkan pernah sedar saat kematiannya. Kita leka dgn dunia hinggakan kita lupa dgn kehidupan didunia yg sementara. Kita mungkin akn rasa takut dgn kematian setelah sakit. Sakit kdgkala hanya amaran dari Allah agar kita jgn terlalu leka. 

Kita amat bertuah kerana Allah sudah memberi tanda-tanda 100 hari kematian. Namun, tanda-tanda itu hanya akn dpt dirasai oleh insan yg benar2 beriman padaNya. Yg Taat pada perintahNya. Yg tidak mudah leka dgn kehidupan dunia. Yg sering berasa takut dgn mati. 


Tanda-tanda 100 hari kematian

Walaupun adanya tanda-tanda ini, hanya segelintir sahaja yg akn takut dgn mati. Ada juga yg insaf, namun hanya sementara.

SEDARLAH, KEHIDUPAN DIDUNIA INI HANYA SEMENTARA






Thursday 18 April 2013

14 April 2013

Aku bangun seperti biasa pada pagi ahad itu. Hati rasa tak sabar untuk berjumpa dgn rakan-rakanku yang lain di JJ. Aku boleh agak apa sebabnya sahabatku Nadia mengajakku kesana. Dlm hati aku sudah berkata "Alah, dorang mesti nak kenakan akulah nie, esokkan birthday aku"

Sperti biasa hari ahad, mak dan abah akn ke pasar untuk membeli barang basah. Aku dirumah akan tunggu kepulangan mereka sambil mengemas apa yang patut. Sewaktu sarapan mak kata "Adik, hari ni ada org nak dtg rumah. Dorang call abah nak dtg ptg, tp kita nak keluarkan? Jadi mak suruh dtg tghri. Adik tlg mak kjap, nanti pergilah dgn nadia." Kata mak. Aku bertanya siapa nak dtg, mak kata anak-anak angkat mak. Aku pun senyum jelah. 

Mak plan nak masak nasi ayam. Sepanjang aku tolong mak tu, dlm fikiran igt dkat kwn2ku yg akn aku jumpa tghri nanti. Pasti dorang tak sangka aku boleh agak plan dorang. Sebelum tu, dorang dah bgthu lpas habis paper pada 14 April tu terus balik, tp ntah kenapa hati aku rasa dorang mcm tipu je. Hehe. Jadi aku pun buat2lah merajuk kononnya dorang tak igt birthday aku. Yuyu siap msg minta maaf lagi :') Terharu rasa. Haha~

Bila dh hampir tghri, aku minta izin mak nak bersiap. Mak benarkan. Ya Allah, dlm hati punya suka aduhai tak siapa tahu. Lpas aku mandi, siap-siap. Aku turun menanti kedatangan Nadia. Mak tgh mandi time tu. Tiba-tiba abah dtg, abah tanya nak pergi mana, Aku jawablah nak pergi JJ dgn Nadia. Abah tak bg :(
Ayat abah "Tak pyah pergi. Duduk rumah je" Aku sebak skit. Sambil jawab "Tp, abah nadia dtg amik. Kejap je. Dorang nak smbut birthday adik" Tahan menangis time tu. "Takde birthday-birthdaynya. Ckp dgn nadia, Tak pergi" lalu abah ke dapur. Aku terus naik keatas. Bgthu mak, abah tak bg pergi. Mak kata nanti mak pujuk abah. 

Bila aku masuk bilik, aku menangis. Call nadia, aku menangis lagi. Tersedu-sedu dibuatnya. Nadia minta maaf, Nadia kata sbb Nadia aku kena marah. Tiba-tiba, Kak Lin ketuk pintu. Dia tanya, abah ckp mcm mana. Aku menangis je dkat dia. Dia tahu aku nak prgi JJ dgn Nadia kononnya nak sambut birthday aku. Dia pun ckp benda yg sama dgn mak, nanti dia pujuk abah.

Sebelum ni abah tak pernah mcm tu. Lagipun dh bgthu abah nak pergi JJ time tu. Aku diam je. Sebak dihati hanya Allah jelah yg tahu. Bila lama, aku keluar bilik. Kakak aku tunggu dkat tangga. "Dik, abah keluar. Mcm marah je. kak lin tak sempat nak ckp dgn abah" aku masuk kebilik. Tp, dlm hati berkata-akata lagi. Kenapa tak bg aku turun je. Tp, aku tak perasan apa-apa time tu. 

Kak Lin masuk bilik aku lagi skali "Dik, abah tak bg. Abah mcm marah je. Abah nak jumpa adik" Aku diam. Berhenti menangis dh time tu. Tp, hati still sebak :') Aku capai tudung sarung perlahan-lahan. Kak Lin tanya lagi ok ke tak? Aku jawab ok je. Tima nak turun, mak dh siap pkai jubah. Aku tahu sbb mak kata anak2 angkat mak dtg, sbb tu pkai jubah. So, aku diam dan meniti anak tangga satu-persatu. Tak nampk abah, niat nka cari dekat dapur. Elok aku pusing je

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO SYUHAIDAH, HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

Ya Allah, aku igt group koir mana td. Rupanya kwn2 aku. Ya Allah, tak sangka sgt. Aku menangis, tak tentu arah. Rupanya, rancangan dorang lagi hebat! Aku terkena!

Abah masuk rumah, aku pergi then peluk abah dgn mak. Aduhai, speechless aku time tu. Yg paling penting, kwn2 aku punya suka. Terasa misi dorang nak buat aku menangis menjadi!

"MISI MENGENAKAN SYU = BERJAYA"

Tweet drpd CockroachHaters (IraHaziera)

Dalam hati aku, hanya mampu berdoa agar Allah mengekalkan hubungan persahabatan kami sehingga ke syurga. Allah menghadirkan keluarga dan sahabat-sahabat aku adalah untuk menemani aku tatkala suka dan duka. Mereka adalah segalanya bg aku. Merekalah harta aku. Tanpa mereka, aku belum tentu dpt mengukir walau satu senyuman :')

Merekalah Sahabat aku :')

Sexy Pink Heart - Busy