Nurul Saleh Official Blog
Black Bow Tie

Tuesday 17 September 2019

Nurul Saleh love story Part 1

Love story? Wahhhh! Dari last post jadi student KUIS, terus ke Love Story?

Hmmm. Is that true KUIS - Tempat cari jodoh?

Hahahaha. KUIS bukan tempat cari jodoh, tapi ianya adalah tempat berjumpa jodoh yang telah ditetapkan. In shaa Allah. Dan bukanlah semua dalam KUIS tu, akan jumpa jodoh dalam tu, cuma mungkin, kita perbetulkan iman dan ibadah kita sebelum berjumpa dengan jodoh yang baik diluar. In shaa Allah.

Ok, so my love story begin when I meet my bakal imam dekat masjid.

Weyh, clichenya. Hahaha. Ok bukan bukan. Saja je tu nak bagi gimik. 

Al-kisah, time registration Nurul daftar as Banking Student. But then, got some issue. So Nurul tukar course kepada Accountancy. Back to my streamlah. So my adik roommates ni, kos Accountancy. Dia dah meet up lah dengan KAC (Kuis Accuntancy Club) punya commitee. Once she dapat tahu yang Nurul nak tukar kos Accountancy. Excited tau dia. Yeah! Me too lah. Hahaha. Sebab Nurul kenal dia dulu before masuk KUIS. Through FB. Nurul kenal cousin dia, then kenal dia sekali tanpa sengaja. Hahaha. Sweet kan our friendship? Ok ok. Sambung cerita. Lepas dah settle hal penukaran kos Nurul, KAC ada buat satu macam dinner gathering lah untuk berkenalan dengan adik-adik junior.

On the way tu. adik roommate Nurul ni, cakap macam ni

"Nanti bila kak Syu tengok Presiden KAC, mesti akak suka. Sebab dia ada janggut"

 She mentioned janggut ok. For sure I melting. Nurul memang suka tengok lelaki berjanggut atau berjambang. Tapi jenis yang kemas lah. Then pakai baju melayu atau jubah. Typical perempuankan?

 So, sampai je dekat Cafe Tasik (Sebab dia sebelah tasik, so kita panggil cafe tasik), Nurul pun duduklah dengan geng classmates lain. Adik roommate terus bgthu "Kak Syu tu haa Presiden kita" Once I pandang. Seorang jejaka memakai tshirt belang biru muda dengan janggut kemas didagunya.

Auchhh! Kelihatan seperti anak ikan ni. Hahaha. He looks younger than me. So automatik Nurul cakap "Dia muda dari akak ni adik. Awak nak?" Tersipu adik roomate I ni. Nurul ni memang suka bab cuba kenenkan orang. Sebab time masuk KUIS ni, macam takde feeling pun nak bercinta or cari someone. Maklumlah, keadaan diri sendiri pun tak stabil (Boleh tengok my previous post pasal sakit Nurul). Jadi inilah Introductionnya.

Second time plak, kitorang ada Malam Mahabbah FPM, iaitu malam memperkenalkan semua committee dibawah fakulti FPM (Fakulti Pengurusan dan Muamalah). Sampailah ke Presiden I mula bercakap. Pssst! Dia sebut nama FB dia tau. Haaa, nak market ke tu? Haha. Nurul pun apa lagi, terus ingat. Sampai bilik je terus add tau. Semata untuk adik roommate. Dia kata if dah approve, baru dia nak add. So I pun sejenis yang cepat bertindak, teruslah add! Zuppp! Baru teringat, nak ke dia accept FB aku sebab my profile photo bukan gambar I alls. Gambar bebunga. Muslimah sesangat kononnya. Padahal sebab takde gambar yang cun. Hahaha.

Kessokkanya harinya,

 'A*** S**** has accept your request'

 Uppps! Dia approve tau. Teruslah I bgthu adik roommate. Adik roommate pun terus add dia. Nurul ni sejenis jarang add orang, tapi kalau add, orang tu approve, kita appreciate lah. So Nurul akan send messenger 'Thank approve :)' Itu saja.

Tetiba dia balas..... (Nantikan part seterusnya) Jengjengjeng Hahahaahah!

Assalamualaikum :)

Monday 19 September 2016

Adara by Syue

Assalamualaikum... Sorry for hiding for a long time. Maklumlah, duit nak bayar bil internet ni mahal, dah tu quota tak banyak. So, kenalah berpada, But, now Nurul dah tukar kepada ambassador plan DiGi yang lebih murah dan more save than before. Wink Wink. (promote DiGi sat, so kena bagi upah ni)

But, nak habaq mai bukan pasal DiGi atau line internet, ce tengok heading atau tu, ADARA by SYUE. Apa plak tu? Tak pernah dengar kan? So, nak story sikit. Nurul in planning nak create jenama sendiri untuk shawl, buat masa ni. Bertujuan untuk, mencari income sikit. Sampingan orang kata. Time belajar ni, kadang-kadang duit yang dibekalkan tak setara naiknya dengan nilai mata wang zaman sekarang. Disebabkan itulah, tercetusnya idea Nurul untuk mewujudkan satu jenama sendiri. Doakan Nurul iye? :)

ADARA by SYUE. ADARA? Apa maksudnya?
Adara dalam bahasa Greek adalah cantik atau perawan. Nurul nak bgthu pada orang lain, menutup aurat adalah kecantikan yang paling tinggi nilainya. Sedangkan. kita pun tahu, 

"Wanita solehah hiasan dunia"

Betulkan? Jadi, sambil Nurul berniaga, sambil Nurul cuba berda'wah. In shaa Allah. Kita tarik lagi ramai para gadis untuk tutup aurat dengan sempurna. Mungkin akan ada orang kata, buat apa pakai tudung, tapi batas tak jaga. Wallahualam. Slow-slow, kita didik si dia untuk menjaga dari aurat sehingga ke batasnya. Kalau kita asyik nak kutuk tapi tak menolong, apa bezanya, iye dok? Kita sama-sama berdoalah, supaya kita semua diberi hidayah dari Allah :') bukan meninggalkan atau mencaci dengan perkataan yang tidak mencerminkan Islam sebenar :) err macam dah tersimpang dari tajuk. Hahaha XD

So, Adara maksudnya adalah cantik. By Syue pula, adalah official nama foundernya iaitu Nurul SYUhaidah. Jadinya, acah exclusive, tu letak 'E'. Haha. Permulaannya, Nurul mula dengan plain shawl yang berharga RM20 termasuk postage. In shaa Allah. Dan kini, dalam proses pula untuk mengeluarkan design Nurul sendiri iaitu DIAMOND ADARA.

Nantikan keluaran dari Adara by Syue iye, para bidadari?

Sama-sama kita berusaha untuk menjadi 'perhiasan dunia'

BTW, jangan lupa untuk follow IG: @adarabysyue




Monday 7 September 2015

Hanya tuhan yang tahu

Mencari kekuatan didalam diri bukan mudah. Bila kekuatan itu hilang, seluruh jiwa dan raga turut hilang. Dimana kekuatan yang ada selama ini? Dalam tak sedar, kekuatan itu ada di dalam diri mereka yang dekat dengan ku. Senyuman mereka, pandangan dan cara mereka adalah kekuatan yang aku cari.

Aku tahu, sakit aku, derita aku, hanya aku yang rasa. Namun, cukup dengan hanya "Kamu ok tak ni?" sudah melegakan jiwa. Tiada niat untuk menyusahkan orang lain dengan mengadu kesusahan diri, hanya inginkan secebis kasih sayang untuk mandapatkan kekuatan diri.

Hanya Dia yang tahu apa yang tersemat didalam hati. Tangisan aku, perit menahan kesakitan hanya Dia yang tahu. 

Adakah perlu untuk aku mengadu apa yang menimpa aku disaat mereka yang aku yang perlukan sedang sibuk? Kerisauan mereka boleh melemahkan aku.Tetapi, jika aku tidak meluahkan apa yang aku alami, kelak pasti akan lebih menyusahkan. 

Hadirnya insan-insan yang aku sayang di dalam hidup membuatkan aku semakin kuat. Kekuatan diri ini hanya bergantung dengan mereka disekelilingku. Tiadanya mereka, hilanglah kekuatan diri ini. 

Adik tahu disebabkan adik, mak abah selalu susah hati. Sering risau akan keadaan diri adik. Tapi, percayalah bukan ini yang adik minta. Ini adalah ujian buat adik supaya adik menjadi lebih kuat. Adik berjanji, akan membalas jasa mak dan abah, dan adik akan sedaya upaya untuk membuat mak abah selalu tersenyum. Adik sedang cuba menjadi anak yang baik agar adik dapat menjadi penyebab buat mak abah masuk ke syurga :')

Abang-abang dan kakak-kakak adik, adik berterima kasih sebab ada abang-abang dan kakak-kakak yang menjag adan menyayangi adik. Adik minta maaf diatas kenakalan adik. Adik akan cuba menjadi adik yang baik. Dan adik sentiasa berharap, kita semua akan bertemu disana nanti :')

Hey kesayangan, bidadari Syu, Terima kasih diatas jagaan dan keprihatinan kalian terhadap Syu. Susah senang kita bersama. Syu minta maaf andai kata Syu terlepas pandang akan masalah kalian. Syu minta maaf juga jika Syu tidak dapat menjadi sahabat yang baik. Syu sentiasa berdoa agar perhubungan ini kekal menuju syurga dan persahabatan kita diredhai :')

Hye awak yang disana, terima kasih sebab mengambil berat tentang saya. Dan terima kasih seringkali bertanya soal kesihatan saya, mengingatkan saya tentang makan ubat. Terima kasih sangat. In shaa Allah, ada penghujung yang bahagia yang buat awak :') terus tersenyum kerana itu juga boleh menenangkan saya.


Ya Allah izinkan aku menggapai redhaMu,
Jadikan aku hamba yang sentiasa dekat denganMU,
Berikan aku hidayahMu,
Dakaplah aku disaat aku menerima ujian dariMu.

Wednesday 25 March 2015

Terima Kasih Allah :)

Terjadinya sesuatu kepada diri kita, pasti ada sebabnya. Tidak kiralah perkara itu sedih mahupun perkara yang menggembirakan. Allah telah menciptakan hambaNya, pasti Dia lebih mengenali siapa yang Dia ciptakan.

Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi tahap kemampuan seseorang itu. Diuji bukan disebabkan Allah tak sayang, namun kerana Dia sayang. SayangNya Allah pada kita, tidak ternilai harganya. Dia menyayangi kita melebihi kedua ibubapa kita. Kerana apa? Kerana Allah itu Maha Penyayang.

Diberi satu ujian yang bagi Nurul, membuatkan rasa seperti Nurul tak mampu. Sedih, kecewa, murung, marah semua ada! Tertanya pada diri sendiri, kenapa aku? Kenapa? Muhasabah diri balik….

Disaat kau gembira, adakah kau mengingati Allah sepertimana sewaktu kau sedih?

Disaat kau bahagia, adakah kau mengingati Allah sepertimana sewaktu kau kecewa?

Disaat kau tenang, adakah kau mengingati Allah sepertimana sewaktu kau marah?

Tidakkan? Itulah aku. Teringat pada Allah hanya dikala susah. Allah hanya mahukan aku untuk sentiasa mengingati Dia tidak kira dalam apa jua keadaan. Jangan pernah merasakan bahawa hanya kau seorang sahaja yang mengalami penderitaan. Allahuakbar! Astagfirullahalazim….

Teruknya Nurul…hanya memikirkan penderitaan yang Allah bagi tanpa memikirkan kesenangan yang telah dia kurniakan sepanjang Nurul hidup dimuka bumi ini. Muka bumi siapa? Muka bumi Allah! Ingatlah dunia ini hanya pinjaman.


Alhamdulillah, Allah menitipkan ‘surat rindu’ Dia pada Nurul bersama insan-insan yang amat istimewa buat Nurul. Keluarga yang tidak pernah meninggalkan Nurul dikala suka dan duka. Sahabat-sahabat yang cukup menjaga Nurul tidak kira dalam keadaan macam mana sekalipun. Dengan adanya mereka, tidak sekalipun Nurul rasa keseorangan mahupun rasa tidak bersemangat. Kerana apa? Kerana mereka adalah semangat Nurul. Hilang mereka, hilanglah semangat Nurul. Terima kasih Allah…

Sunday 14 December 2014

Aku pelajar KUIS

Assalamualaikum :) Alhamdulillah Nurul telah menjadi seorang pelajar semula. Kini, Nurul adalah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakuanan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Kehidupan disini bnyk mengajar Nurul erti kesabaran. Menghadapi pelbagai kesukaran dari masuk sehinggalah hari ini. Hampir sebulan Nurul menjejakkan didunia baru, adalah sesuatu yang sangat berbeza dari dunia Nurul di KPTM. Ketenangan dan kedamaian serta kehidupan persahabatan yang boleh diibaratkan sebagai sebuah keluarga amat menambat hati Nurul.

Keakraban yang baru terjalin bersama mereka disini alhamdulillah telah membuahkan sebuah kenangan yang indah dan in shaa Allah ianya akan bertahan sehingga Nurul tamat pengajian disini. Dari mula jejakkan kaki disini, Nurul dijemput dengan senyuman oleh kakak-kakak senior yang digelar MPP dan TC. Disaat Nurul duduk ditempat pendaftaran, Nurul melihat sekeliling "Aku telah berada didalam sebuah tmpat asing yang tidak aku kenali sesiapa" Nurul mula sedar yang Nurul bukanlah ditakuk yang lama.

Ucapan salam dari seorang gadis beserta senyuman akhirnya telah memulakan satu perhubungan yang mesra. Kehadiran mereka rakan-rakan sebilikku yang tidak pernah Nurul kenal mahupun terserempak telah menimbulkan titik keserasian. Amirotul Nabila, Tuan Nurul Iman dan Lazuani merekalah peneman sepanjang Nurul disini. Alhamdulillah, mereka menerima Nurul seadanya.

Ya Khaliq, elakkan persengketaan antara kami sepanjang kami bersama.

Nurul mula tertarik dengan layanan kakak-kakak senior atau TC disini. Tidak lekang dari senyuman, kepenatan tidak mereka hiraukan. Majlis Taaruf telah mengajar Nurul pelbagai ragam insan-insan yang terpilih untuk menjadi pelajar disini. Yang buruk Nurul jadikan pengajaran, yang baik Nurul jadikan tauladan. Terima kasih kakak-kakak dan abang-abang kerana melayan dan menjaga kami dengan penuh tanggungjawab.

Telah masuk alam kuliah. Nurul takut jika kawan sekelas lain daripada dahulu. Namun, alhamdulillah walau hanya sehari perkenalan, Nurul mula tahu apa itu Kekeluargaan dalam Persahabatan. 

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, telah Kau temukan aku bersama hamba-hambaMu yang baik. Kekalkan hubungan persahataban kami ini Ya Allah.

Sujud Syukur Nurul kepada Allah telah takdirkan kehidupan Nurul yang baru disini. Semoga Kau mudahkan segala urusan setiap HambaMU :') Ameen Ya Rabbal Al-Ameen....

Friday 14 November 2014

Nurul Saleh comeback!

Assalamualaikum! Aduhai rasa rindu nak create post utk blog nurul saleh yang dah lama tak bersentuh ni. Teringin nak buat comeback. Ececeh. Acah mcm ada yang membaca je. Hehehe. Btw, apa khabar semua? Mohon sihat-sihat saje ea? Cuaca yang tak menentu ni. Bnyk-bnyk minum air. Hah sweetkan?  Nurul mmg sweet+caring orangnya. Haha. Dah terlebih perasan pulak nanti.

So entry kali ni, Nurul nak bg korang tahu apa yang Nurul tgh buat skrang. Dah kata comeback. Hehe. Abaikan kalau rasa taknak baca. Hehe. So apa yang korang tahu sebelum ni, Nurul bekerja dekat UniKL. Bekerja ok, bukan blaja. Ramai yang tanya Nurul kos apa? Haha. Sebenarnya Nurul TEMPORARY dekat UniKL tu. As Admin Assistant sahaja di bahagian HR. Bnyk jugak pengalaman Nurul dpt dekat sana even hanya 4 bulan. Tapi, begitu bermakna. Dan Nurul skrang tahu, apa itu penat  bekerja utk dptkan wang. Mcm-mcm yang Nurul dpt dari bekerja. Terima kasih kpd pihak UniKL yang sudi memberi Nurul bekerja dan pernah menjadikan Nurul as photographer sepanjang Nurul dkat situ. Sedikit sbnyk Nurul dpt blaja cara-cara nak handle camera.

Lepas Nurul resign, Nurul duduk rumah as usual jadi babysitter buat anak-anak kesayangan. Haha. Makin duduk rumah, makin singalah jadinya Asyu dorang ni. Tapi, singa-singa pun belum smpai membaham lagi, setakat menjerit je adalah. *adakah singa menjerit? -.-“ mengaumlah maksud Nurul. At the same time, Nurul apply tempat blaja. Antaranya Unikl sendiri, Uniten, KPTM Bangi dan MSU. Tapikan, tiba-tiba hari tu, Nadia sebut pasal KUIS dkat Nurul. Nurul ni kadang-kadang bukanlah tahu sangat nama-nama kolej daerah Malaysia ni. Jadinya, Nurul try google KUIS ni. Rupanya ini adalah tmpat yang Nurul nak waktu masuk Diploma dlu. Tpi Nurul takut nak apply sbb requirement dorang mcm memerlukan islamic. Maksudnya, mcm bahasa arab. Nurul ni bahasa Arab last blaja waktu darjah 5 je. Itupun stakat BLAJA utk exam jelah. So takdelah niat nak apply time dip dlu. Jadinya, Nurul just apply suka-suka. Tak tgk pun requirement dia.  Main apply je.

Keesokkan harinya, *dah mcm karangan BM je. Nurul dpt panggilan dari MSU. Intake 3 Nov. Excitedlah skit. Saje try usha website KUIS masih dlm proses katanya Nurul punya application. Jadi Nurul pun tak mengharap sangatlah dengan KUIS ni. Even hati ni sangat teruja kalau dpt sana. Tunggulah offer letter dari Msu tapi, tak smpai-smpai. Nurul pun rasa terdetik nak check balik KUIS punya website. Tiba-tiba, dia bgthu suruh download surat Pra Tawaran! Nah, excitedlah jgak time tu. Suruh kakak yang bacakan, dia minta hantar kita punya document dlm masa tujuh hari. Tapi ada masalah teknikal skit, Nurul pos tepat hari ketujuh, kiranya hari last dia. Sebelum tu dah siap call KUIS tanya kalau hntar lmbat takpe ke, dorang kata boleh asalkan before tarikh daftar 19hb Nov ni.

Lepas 4 hari, Nurul saje nak tgk apa yang berlaku. KUIS dah dpt atau belum Nurul punya document tu. Nurul pun checklah. Lastly, ALHAMDULILLAH! Tahniah! Nurul Syuhaidah binti Mohd Saleh anda ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang…….adalah ayat dia. Panjg plak nak type. Hehe. Nurul time tu bukan main melompat lagi! Apa yang Nurul idamkan, alhamdulillah.. Nurul dpt jgak :’) Pnya berdoa Nurul untuk masuk KUIS. ALHAMDULILLAH, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadinya, skrang Nurul tgh counting days untuk menjadi Student KUIS. KUIS tu apa?

KUIS adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor :)


Jadi sekian, itulah antara story-story Nurul sepanjang Nurul tak update dkat blog. Ada kesempatan, Nurul akan share lagi. Wassalam~


Monday 18 August 2014

Temporary in UniKL, Permanent in my mind :')

Kali pertama menjadi seorang pekerja. Bukan main debor rasa hati ni. Dup dap dup dap, Gaya mcm nak jumpa dgn bakal mertua. *mcm ad experience je kan? Hahaha

Well, nurul diterima masuk menjadi temporary clerk dkat UniKL. Tahu tak? Alah yang besau tu. Hehe.
First time masuk, secara tiba-tiba taw kena call suruh masuk kerja. Sepanjang perjalanan nak smpai tu, bukan main berzikir selawat lagu raya semua keluar. Nasib baik takbir tak keluar XD bila dah smpai, nak naik atas tu, phewwww. Bukan main seriau dia. Depan pintu je nurul dah macam pndg je cermin tu smbil berkata "pintu ni kalau aku tak nmpak mmg kena langgar dah" nak buat mcm mana, pintu cermin kan? Hehe.

First masuk jumpa dgn Kak Deja. Dia bawak duduk and isi borang semua, buat ID. Dlu buat ID student je, bila kena buat ID staff ni rasa kelainan. Mcm acah orang dah bekerjaya :p *walaupun hanya temporary kehkehkeh

Then jumpa Bos nurul. En.Man nama diberi. Baik orangnya. Lembut, bukan pemarah. Mcm nurul lah lembut orangnya *menipu skit hehe. Then, bila diperkenalkan dgn satu department, meh nurul sebut nama mereka Kak Ros, Kak Amla, Kak Aszil, Kak Izzah, Kak Syida, Kak Zie, Kak Linda, Abg Min, Abg Azli, Abg Nizam, En. Helmi, Kak Hajar, Kak Gee, Kak June, Kak Siti, Kak Ayu, En. Rizal, Din. Hah pheeewww. Satu nafas je semua tu. Nasib baik nama Kak Deja dah mentioned dkat atas, so takdelah sesak nafas sangat :p Tp ad lagi orang besar Pn. Yatie dgn En. Shamshul. Mereka adalah SM dan GM. Hah gitu. Shortform.

Mula-mula masuk mmglah nurul agak segan, rasa nak berhenti pun ada. Even ad nadia, still rasa mcm alahai. Takut dorang tak suka nurul. Huhu. But, bila dah lama. Alhamdulillah sangat :') they are my new big family. Nurul rasa suka and sangat best dgn suasana dkat situ. The way they treat me, they communicate with me. I feel awesome :D

Kalau nak ikut antara kisah terindah? Urm nurul rasa semua indah :') tipulah takde kisah duka. Ada tp nurul taknak pikir pun tu semua *dah kata duka

Jodoh? Hahaha. Usha orang tu normallah, TERusha laki orang, TERusha pakwe orang, TERusha bini orang EH! Nurul masih normal ok? Haha. Well said. Adalah tersuka. Tp, TER jelah. Tak simpan dalam hati pun XD Kalau nak cerita satu-satu cerita bnyk sangat. Boleh jadi novel nanti. Kejadian external hard disk. Uppsss! Hah gitu pnjg upps dia. Ada apa disebalik external? Tak payah nak curious sangat. Takde kisah pun. Saje acah gempak skit.

This month, my last month here :') happy! Sbb nak masuk blaja dah. Tp, sedih rindu. Jujurlah, akan rasa rindu dgn gelagat and karakter setiap drpd mereka tu :') Aduhai, kenangan terindah sangat rasanya. Mcm mana kali pertama bertegur sapa. Then, bergurau senda. Mereka terima nurul as new staff and temporary buat nurul rasa sangat terharu. Namun, setiap yang bertemu pasti akan berpisahkan? :')

Terima kasih Ya Allah kerana menemukan kami. Aku bersyukur kerana mereka menjadi sebahagian dalam perjalanan hidupku. Telah Kau catatkan  mereka dalam ceritaku. Semoga perpisahan yang bakal aku rasai hanyalah perpisahan yang sementara. Kau murahkanlah rezeki mereka, berikan mereka kebahagiaan. Ameeen~





Syu ingin memohon kemaafan seandainya Syu ada terkasar bahasa, tersalah gurau. Kenakalan dan keramahan Syu yang membuat kakak-kakak dan abang-abang tak selesa. Syu ingin memohon maaf. 

Terima kasih En. Man sudi memberi Syu tunjuk ajar. Kak Ros yang menggantikan tmpat nadia, tmpat syu bermanja. Kak Aszil yang bnyk memberi nasihat. Kak Deja yang bersusah payah menghantar syu balik saat hujan. Kak Syida, Kak Zie dan Kak Linda yang memberi Syu keselesaaan waktu pertama kali syu masuk. Abg Azli, Abg Min, Abg Nizam yang slalu buat syu ketawa. Kak Gee dan Kak Amla seperti mak utk syu. Kak Hajar. Kak Ayu, Kak Jun, Kak Siti, En. Helmi yang tidak pernh buat Syu rasa asing. Terima kasih sangat. Dan kpd Kak Mira yang menemani and buat Syu tak pernah rasa sunyi. Terima Kasih sangat!
Sexy Pink Heart - Busy