Nurul Saleh Official Blog: March 2014
Black Bow Tie

Saturday 8 March 2014

Dimana kamu MH370?

Satu berita yang besar telah berlaku buat rakyat Malaysia dengan pengumuman berita kehilangan pesawat MH370 pada pukul 2.40 pagi sabtu 8 Mac 2014. Kehilangan radar oleh pesawat telah menimbulkan pelbagai spekulasi. 

Terkedu Nurul bila melihat video kehilangan MH370 yang secara tiba-tiba terpadam dari monitor radar MAS. Kita mungkin mampu berkata-kata. Namun, cuba bayangkan keadaan keluarga mangsa selain mangsa yang berada dalam pesawat itu sendiri. 


Bagaimana agaknya keadaan Kapten dan Pembantu Kapten disaat mereka harus menjaga beratus nyawa didalam satu pesawat? Keadaan crew yang mengawal keadaan emosi penumpang? Perasaan penumpang yang dua daripadanya bayi?

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat mereka. Tabahkan hati mereka. Lindungilah mereka.

Di seluruh dunia membuat liputan tentang pencarian MH370. Tiada lansung isyarat kecemasan, mahupun tanda-tanda pesawat tersebut. 

Keadaan di twitter dan juga facebook sangat mendebarkan. Mengharapkan pihak MAS memberi satu statement yang boleh membuat kita semua lega. Cuma, Nurul agak terkilan dengan sikap warga media sosial yang mungkin tiada perasaan. Selain itu, mengeluarkan statement yang belum lagi disahkan serta mengaitkan sesuatu dengan perkara yang tiada kaitan. Andaikan kamu adalah keluarga mangsa, adakah senang untuk menerima setiap ayat-ayat yang menyedihkan hati?

Marah? Marah dengan pihak yang tidak mengeluarkan apa pengesahan? 
Cuba pahami, mcm mana mereka ingin mengesahkan sesuatu perkara jika belum temui dengan bukti? Bukan mudah untuk membuat pengesahan disebabkan banyak nyawa yang terlibat. Bukan stakat 239 nyawa, bahkan keluarga yang mengharapkan kembalinya mereka kepangkuan masing-masing dengan selamat.

Ramai pihak yang sedang berusaha untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370. Dan kita yang mengharapkan keajaiban marilah berdoa dan membuat solat hajat agar semuanya selamat :')

Ya Allah, jika mereka berada dilangit, Kau turunkanlah. Jika didarat, Kau munculkanlah. Jika dilaut, Kau timbulkanlah

Pulanglah MH370 



Friday 7 March 2014

Kenali Nurul Syuhaidah

Assalamualaikum :) 
Lama gila tak update blog ni kan? Hehe. Maaflah busy. *acah mcm ad peminat baca je
Bila nak dkat final ni kan, mcm-mcmlah yang dtg bertimbun. Assignmentnya, presentationnya, test, quiz. Arghhh! Nak kata stress tak juga, pressure tak juga, tp adalah sikit. Haha :D

So then, Nurul ni sbnarnya tgh release tension kjap, tu yang rasa mcm nak create new entry. Hehe. Actually from my title, 'Kenali Nurul Syuhaidah'

Siapa? Artis? Nope!
Seriously, bukan siapa-siapa. Haha. Ikut suka hati je post title mcm tu :p

Let me tell you serba sedikit tentang NURUL SYUHAIDAH.

Nurul adalah puteri bongsu Hj Saleh dan Hjh Aishah. Adik yang paling kecil buat Shah, Fairuz, Lena dan Rena. Asyu kpd 9 orang permata yang kecil. Nak list name mereka? Haha

Qaseh Nur Khaliesah
Umar Khalish
Muhammad Firas Amsyar
Ariq Fateh
Kasih Alanna Zara
Muhammad Noufal Izz Zharif
Siti Aisyah
Siti Zulaikha
Nurul Izzah

See? They are my heartbeats! Merekalah penawar duka dan pengubat rindu. Tmpat bergaduh sometimes :p Haha

Nurul ni jenis peramah. Orang katalah :) Nurul suka berkawan. Namun kadang2, mungkin ada juga yang terkeliru dgn keramahan Nurul. Itu normal. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. 
Nurul ni nak cakap cepat marah tak juga. Baran pun tak jgak. Tp, kalau benda tu nurul rasa mcm tak puah hati, or ada yang tak kena, yes i admit. Nurul jenis muka berubah. Kawan2 pun boleh perasan benda tu. Hehe, sorry guys :')

Nurul juga hmm bukanlah seperti yang lain sangat.  Dulu Nurul antara yang aktif di sekolah, sejak masuk zaman kolej Nurul terpaksa had kan aktif Nurul tu. Disebabkan Nurul ada masalah kaki, ia tidak membenarkan Nurul untuk menjalankan aktiviti yang lasak. Tapi, sakit ni yang diberi Allah ini adalah ujian daripada DIA. 

"Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan"

'Ya Allah, ku pohon kekuatan dariMU'

Bila Nurul fikir balik, 'come on Syu, you not that bad. Still ada yang lebih teruk, tapi mereka masih boleh tabah dan kuat. Why aku tak boleh?' Yeah! Kekuatan yang Allah berikan adalah keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa berada dengan Nurul Merekalah pembakar semangat :')

My nickname? Yeah, NURUL is for my family and ada juga kawan2 yang panggil Nurul, tp ak ramai. Mostly, kawan-kawan semua akan panggil SYU :)

p/s: I will called myself 'adik' for my family :p Haha

manja? Hmm. A bit. Agaknya >< Haha

Photography? My passion! Yeah! Nurul pun tak tahu kenapa boleh minat dalam photography ni sehingga boleh terdetik create satu fanpage di fb 'NSmoment Photography' Tgk2lah ea nanti :D

Nurul adalah student di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur. Pelajar diploma jurusan accounting kerjasam UiTM. Semoga impian untuk menjadi accountant tercapai :') Amin~

Accountant is my destination, photography is my passion

So, this is me. The real me :)


Akulah NURUL SYUHAIDAH
Sexy Pink Heart - Busy