Nurul Saleh Official Blog: March 2015
Black Bow Tie

Wednesday 25 March 2015

Terima Kasih Allah :)

Terjadinya sesuatu kepada diri kita, pasti ada sebabnya. Tidak kiralah perkara itu sedih mahupun perkara yang menggembirakan. Allah telah menciptakan hambaNya, pasti Dia lebih mengenali siapa yang Dia ciptakan.

Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi tahap kemampuan seseorang itu. Diuji bukan disebabkan Allah tak sayang, namun kerana Dia sayang. SayangNya Allah pada kita, tidak ternilai harganya. Dia menyayangi kita melebihi kedua ibubapa kita. Kerana apa? Kerana Allah itu Maha Penyayang.

Diberi satu ujian yang bagi Nurul, membuatkan rasa seperti Nurul tak mampu. Sedih, kecewa, murung, marah semua ada! Tertanya pada diri sendiri, kenapa aku? Kenapa? Muhasabah diri balik….

Disaat kau gembira, adakah kau mengingati Allah sepertimana sewaktu kau sedih?

Disaat kau bahagia, adakah kau mengingati Allah sepertimana sewaktu kau kecewa?

Disaat kau tenang, adakah kau mengingati Allah sepertimana sewaktu kau marah?

Tidakkan? Itulah aku. Teringat pada Allah hanya dikala susah. Allah hanya mahukan aku untuk sentiasa mengingati Dia tidak kira dalam apa jua keadaan. Jangan pernah merasakan bahawa hanya kau seorang sahaja yang mengalami penderitaan. Allahuakbar! Astagfirullahalazim….

Teruknya Nurul…hanya memikirkan penderitaan yang Allah bagi tanpa memikirkan kesenangan yang telah dia kurniakan sepanjang Nurul hidup dimuka bumi ini. Muka bumi siapa? Muka bumi Allah! Ingatlah dunia ini hanya pinjaman.


Alhamdulillah, Allah menitipkan ‘surat rindu’ Dia pada Nurul bersama insan-insan yang amat istimewa buat Nurul. Keluarga yang tidak pernah meninggalkan Nurul dikala suka dan duka. Sahabat-sahabat yang cukup menjaga Nurul tidak kira dalam keadaan macam mana sekalipun. Dengan adanya mereka, tidak sekalipun Nurul rasa keseorangan mahupun rasa tidak bersemangat. Kerana apa? Kerana mereka adalah semangat Nurul. Hilang mereka, hilanglah semangat Nurul. Terima kasih Allah…
Sexy Pink Heart - Busy