Nurul Saleh Official Blog: November 2013
Black Bow Tie

Wednesday 20 November 2013

Siapa dia Ahmad Ammar?

Siapa dia Ahmad Ammar? Pada mulanya aku pun tidak kenal siapa jejaka ini. Hanya selepas sahabat aku menyuruh aku menonton video di YouTube, barulah aku tahu siapa dia. 

Dilahirkan pada 15 Februari 1993, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam diberi nama. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Islam(SERI) Al-Huda, Gombak. Kemudian, beliau bersekolah di Sekolah Agama Menengah Bestari USJ, pada tahun 2009 Ammar memasuki Maktab Tentera Diraja. Ammar juga menerima anugerah kecemerlangan pelajar SPM kedua terbaik Maktab Tentera Diraja. Dan akhirnya, Ammar belajar di Universiti Ankara, Turki. 

*cebisan drpd video Ahmad Ammar di YouTube

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Aktifnya Ammar membuatkan dia dikenali. Tidak ramai anak-anak muda sekarang yang berperwatakan seperti dia. Bertapak ke dunia yg sementara dan mengejar akhirat. Ahmad Ammar dijemput Illahi pada 2 November 2013. Dia dipindahkan dari dunia ke alam yang lain pada awal Muharram baru-baru ini. Ammar dilanggar ambulans ketika ingin melintas jalan.

Secebis kata-kata dari video ini yang membuatkan aku sebak
"Apabila tiba di Malaysia, beritahu orang lain bahawa kamu adalah ibu kepada anak yang syahid"
Subhanallah :') betapa solehnya anak kepada ibu dan bapanya Ahmad Ammar

Disaat wajah bersih Ammar ditayangkan, sungguh berseri wajahnya. Tanpa ada calar. Setelah jenazahnya dikafakan dan dimandikan, masih ada peluh keluar disekitar dahi dan kelopak mata. Ketika jenazah Ammar mahu diusung ke tanah perkuburan, ramai yang berkejaran untuk mengusung jenazah.

Belum memasuki alam barzakh, didunia sahaja Allah telah memberi balasan kepada dia. Subhanallah!

 Allah Ta'ala berfirman,
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُولَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ (6) إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ (7) جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ (8)
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah syurga 'adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya."(QS. Al Bayyinah: 6-8).

Syurga menantimu, dan semoga dia bersama dengan para sahabat dan para syuhada :')

Akan aku berusaha untuk menjadi seorang hamba dan anak yang beriman. 
"Ya Allah pimpinlah hamba-hambaMu ini menuju jalanMu. Lindungilah kami daripada anasir yang boleh membuat kami terkeluar dari landasanMu. Ya Allah, sesungguhnya kpdMu tmpat kami meminta, dan kepadaMu tmpat kami bermohon. Tinggikanlah darjat Ahmad Ammar serta kami di hari kebangkitan"
Amin ya Rabbal Al-Amin~
*Maaf jika ada kesalahan dan kekurangan pada entry ini 








Wednesday 6 November 2013

Permata yang dicari

Permata yang dicari? My new post. Tajuk lagu kegemaran aku. Lagu dari dehearty. Setiap bait lirik dia amat syahdu dan bermakna. Antara yg aku pham, seorang lelaki yang mendambakan seorang gadis yg sangat istimewa. Keistimewaan yang diidamkan setiap lelaki daripada gadis yang mereka harapkan. Lirik yg paling aku suka part si lelaki bermohon kpd Allah. 'Seorang lelaki yang baik, hanya untuk perempuan yang baik' 

Permata yang dicari ada didlm diri setiap gadis. Tinggal kita utk menjaganya dengan baik. Permata yang amat bernilai adalah permata yang amat sukar dicari. Tp, disaat permata itu ditemui, pasti amat sukar utk dilepaskan dan setiap yang menjumpai permata itu, pasti ingin menjadi pemiliknya. Keimanan, personaliti dan yang penting maruah seorang gadis adalah permata yang tidak ternilai harganya. 

Lelaki bukanlah mencari permata yang cantik dipandang mata sahaja, tetapi mereka inginkan permata yang kekal cantik didalam. Jika permata yang dicari itu, indah diluar dalam dan luar itu adalah bonus. 

Mari kita amati bait-bait lirik lagu Permata yang dicari :-


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tapi, kita kena ingat, sebelum ingin menjadi permata yang dicari oleh lelaki. Kita harus menjadi permata yang taat kpd Allah dan Rasul. Permata yang solehah buat keluarga. Jadikan itu sebagai keutamaan. 

"Jadilah permata utk Allah, Rasul dan keluarga. Barulah, menjadi permata idaman lelaki"
Sexy Pink Heart - Busy