Nurul Saleh Official Blog: June 2014
Black Bow Tie

Monday 30 June 2014

Jangan pernah lupa, TAPI beringat!

Termenung sejenak bila memandang kearah orang yang kurang upaya. Ya Allah, sungguh tabah mereka dlm menjalani ujian dari Allah. Bukan mudah mengalami dugaan yang berat itu. Mereka sentiasa tersenyum walaupun dalam hati mereka terselit seribu duka.

Nurul teringat sewaktu Nurul memakai tongkat dahulu. 'Dia'lah peneman sejati Nurul. 'Dia' kekuatan Nurul. Terasa sangat sukar menjalani kehidupan tanpa kesempurnaan tubuh badan. Walap hanya untuk sementara, itu dah cukup buat Nurul rasa sangat lemah. Kelemahan dalam melakukan aktiviti harian yang Nurul biasa jalani. Jangan sesekali mengeluh atas ujian daripadaNya. 

Allah memberi ujian kerana Dia rindu akan kita, yang mungkin dalam tak sedar makin jauh dari Dia. Dia mendekatkan kita agar kita ingat padaNya. Allah berikan dugaan untuk menduga tahap keimanan kita. Kita tak tahu apa yang Dia rancangkan untuk kita. 

Kesakitan yang dia berikan adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Jangan sesekali kita mengeluh. Ketahuilah Allah sedang menaikkan darjat kita disisiNya. Istighfarlah. Dan sentiasa ingat kalau diberi ujian tu, maksudnya kita telah dipilih! Weeee~

Bila Nurul alami ujian atau dugaan, Nurul sentiasa ingat...


Kalau kita sedih, ingatlah ada orang yang lebih sedih dari kita,
Kalau kita susah, ingatlah ada orang yang lebih susah dari kita,
Kalau kita sakit, ada orang yang lebih sakit dari kita,

Bila kita berdiri, kena ingat ada orang yang sedang duduk kerana tiada keupayaan berdiri.
Bila kita tak boleh jalan, kena ingat ada orang lumpuh seumur hidup.
Bila kita sakit demam teruk, ingatlah ada orang yang terlantar tanpa boleh buat apa-apa seumur hidup.

Disaat kita rasa marah dengan keluarga, beringatlah ada orang yang hidup sebatang kara.
Disaat kita rasa kecewa, putus cinta. Beringatlah, jodoh itu ada. 
Disaat kita rasa dibenci, beringatlah pasti ada yang menyayangi.

Bila demam 'Ya Allah, dugaan apa yang Kau berikan sehingga aku lemah sebegini?'
Kita lupa kita demam untuk 5 hari, namun Dia dah kurniakan kesihatan yang sihat untuk 360 hari yang lain. 
Bila susah 'Ya Allah, apakah salahku hingga aku susah begini?'
Kita lupa yang Dia dah berikan kesenangan sebelumnya.
Sebenarnya kita lupa untuk bersyukur dengan setiap yang Dia anugerahkan. Oleh sebab itu, dia tarik untuk sementara untuk kita BERINGAT!

Nurul menaip untuk bacaan semua dan muhasabah diri Nurul sendiri, maafkan jika ada tersalah.

-Assalamualaikum-

Saturday 28 June 2014

Mulianya Ramadhan :')

Bismillah, alhamdulillah dan bersyukur sangat sbb Nurul masih berkesempatan nak update blog. Allah masih memberi keizinan pada Nurul untuk merasai Ramadhan yang mulia tahun ini. Hanya satu Nurul mohon, semoga semua amalan Nurul dan ibadah yang Nurul lakukan diterimaNya :')

Mesti ada yang merindui Ramadhan kan? Nurul pasti semua umat Islam dimuka bumi ini amat tak sabar menantikan bulan yang penuh barakah ini. Sbb apa ea? Di bulan inilah, 

Pintu neraka akan ditutup,
Pintu Syurga akan dibuka,
Seksa neraka diberhentikan,
Syaitan diikat.

Lihatlah betapa mulianya bulan Ramadhan ini. Dalam bulan ini juga, Allah menganugerahkan malam Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. MasyaAllah~

Bulan yang mudah untuk kita mendapatkan membuat amal kebajikan dan mendapat pahala.Malam td, first terawikh Nurul pergi. Ustaz Raihan ada bg tazkirah tentang Ramadhan. Apa yang menarik perhatian Nurul adalah, di saat dia berkata 

Bukanlah amalan yang membantu kamu masuk ke syurga, namun RAHMAT dan KEAMPUNAN dari Allah itulah yang penting!

Bila Nurul pkir balik, ea. Kalau kita melakukan amalan, namun tak ikhlas ataupun kita menunjuk-nunjuk, pasti tidak dapat rahmat dan keampunan dari Dia. Subhanallah~

Jadi marilah kita mengejar pahala, dalam mengejar itu jgn lupa membawa bekal amalan yang ikhlas dan make sure amalan itu memenuhi syarat untuk kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah. 

Tp jangan lupa ea? Nafsu manusia ni sangat kuat kalau keimanan kita rendah. Jadi jangan terlalu ikut nafsu tu, mungkin syaitan diikat, namun nafsu tu masih ada :)

Tak lambatkan untuk Nurul nak ucapkan 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


-Amin Ya Rabbal Al-Amin-
 

Sunday 8 June 2014

Haram atau Halal?

Assalamualaikum, setelah dah lama tak update blog, hari ni baru ada masa nak update. Bukan apa, dah bekerja sekarangkan.*eceh ayat acah bekerjaya je. Nurul kerja temporary dekat Unikl. Bestlah jgak. Nanti Nurul akan update pasal pengalaman Nurul bekerja.Bukanlah dientry ni, dah nama pun lain kan? Hehe~

Haram atau Halal? Hmm. Hari tu kita semua dikejutkan dengan berita yang Cadburry mengandungi DNA babi. Disahkan haram. Satu Malaysia elak makan Cadburry. Dah haramkan? Alhamdullillah. Nurul rasa sangat best on that moment. Tgk status facebook, tweet dkat Twitter, masing2 update 'Cadburry Haram!' semua umat Islam dkat Malaysia ni, pakat nak boikot Cadburry. Dkat kedai-kedai pun dah takde stock Cadburry. Negara Malaysia mula dilihat sebagai Negara Islam yang amat menitik beratkan halal dan haram. Siap ada yang kata nak samak mulut sbb dah makan babi. Katanya

Ada satu cerita yang Nurul baca, agak klaka tp itulah realiti sekarang

BF: You, meh i pimpin tangan you melintas.
GF: Okay
Mereka pun dgn penuh sweetnya berpimpin tangan. Smpai di satu tmpat.
BF: Eh rambut you kusutnya
GF: Alah ea ke?
Si GF pun membetulkan rambutnya. Mereka menuju ke kelab malam. Si BF keluarkan chocolate Cadburry.
BF: Nah, untuk you.
GF: Eh taknaklah. Cadburry ada DNA babi. You nak bg i mkn mknn haram?

Ehem ehem. yang kamu pegang tangan dari tadi, tak tutup aurat tu. Ingat Halal? Kuikuikui~

Haramnya sesuatu makanan amat dititik beratkan, namun apa yang haram dari dulu lagi tidak diambil peduli :') Nurul tgk zaman ini, bile dihulur arak, minum SIKIT. Pegang tangan bukan muhrim, TAKPE. Tak tutup aurat, alah BELUM SMPAI MASA.

Kenapa ea? Adakah kita hanya diajar halal atau haram pada makanan sahaja? 

Ada benda yang lebih penting, tak pula dipentingkan. Yang tak penting, bukan main pentingkan. 

Bila kata Cadburry dah halal, bukan main marah. Dah sah halal, namun takut utk makan. Sbb apa? Takut tak sah lagi. Bila yang dah sah haram? Apa kita buat? Mcm2 alasan kita bg kan?

Rasulullah tersenyum melihat umatnya begitu berwasapada soal makanan. Namun, pernah tak kita terfikir apa yang dia rasa melihat umatnya lebih cenderung ke arah kebaratan? Baginda begitu merindui umatnya walapun tidak pernah berjumpa mahupun melihat kita. Baginda berdoa demi kita, adakah kita boleh merindui baginda hanya dengan mengungkapkan, 'Ya Muhammad, kami merindui dirimu'?

Beringatlah sentiasa, apa yang dilarang Allah bukan hanya pada makanan yang haram.
Kalau termakan makanan yang haram tanpa sedar bukanlah satu dosa yang besar nak dibandingkan dengan melakukan perkara yang haram. Sekarang kita semua dah terikut-ikut bangsa lain. Itulah kita.

-Islam sepatutnya mempengaruhi kaum lain, bukan dipengaruhi-

Maafkan Nurul kalau ada terasa sbb Nurul juga manusia yang sedang belajar, dan apa yang Nurul update, Nurul juga muhasabah diri :')




Sexy Pink Heart - Busy