Nurul Saleh Official Blog: May 2013
Black Bow Tie

Thursday 16 May 2013

Catatanku (arwah adik Adam Shukri)

Pada 4 Mac 2012 lahirnya seorang bayi lelaki diberi nama Ahmad Adam Shukri. Namun, kelahiran si kecil ini tidak seperti kanak-kanak lain. Adik Adam dilahirkan secara vacum. Dia keluar dalam keadaan kekurangan oksigen. Pada 9 Mac 2012, MRI telah menunjukkan otak Adik Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Dia tidak pandai menelan air liur dan bergantung kepada mesin oksigen untuk terus hidup. Adik Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction untuk menyedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan  adik Adam mengalami kecederaan. Begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.

Doktor pakar otak mengesahkan si kecil ini akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.

Penderitaan yang dialami adik Adam amat besar. Namun, ketabahan si kecil ini serta mama dan papanya sangat kuat. Kisah adik Adam diketahui rakyat Malaysia. Ramai yang mendoakan kesejahteraan anak ini.

Tanggal 7 Februari 2013 Adik Adam telah dijemput Illahi. Allah lebih menyayangi dia. Dengan penuh redha mama dan papa Adam melepaskan dia pergi. 


"Duhai sayang, nantikan papa dan mama kamu dipintu syurga"

Awan-awan menghitam
Langit runtuhkan bumi
Saat aku tahu kenyataan
menyakitkan...

Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu tersenyum
Usap airmatamu
ku tak ingin ada kesedihan...

Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia diharinya
Berikan dia hidup...

Tuhan terserah padaMu
Aku ikut mahuMu tuhan
Ku catat semua ceritaku
dalam harianku...


Al-fatihah buat Ahmad Adam Shukri
4 Mac 2012-7 Februari 2013




Monday 6 May 2013

NSmoment | Majlis Perkahwinan Norsyahiella Atan dan Abdul Hadi Abdullah

Pada 3 Mei hari Jumaat, telah berlansungnya hari pernikahan kakak sepupu aku, Kak Ella dan suaminya Abg Hadi. Majlis itu diadakan dirumah mak lang aku di Taman Teratai. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Aku sempat 'menangkap' detik terindah pasangan ini.



 Pada keesokkan harinya, berlansunglah Majlis Walimatulurus kedua mempelai ini. Aku berjaya juga menangkap serba sedikit momen manis ketika majlis berjalan.



Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Semoga kedua mempelai ini berkekalan ke akhir hayat :)













Wednesday 1 May 2013

Aku bermohon Ya Allah :')

Pada suatu malam yang hening, dikala aku keseorangan dibilik, aku on kan laptopku. Dah macam cerita apa je. Hahaha. Ok so,  apa tujuan entri ni sebenarnya? Mcm ni, ada satu malam ni, as usual, aku on laptop dan online. On facebook and twitter. Dah tgk apa yang patut, aku pun buka youtube.

Ternampak ustaz don punya video. Dekat bawah ni lah video dia.


Aku harap sangat para pembaca blog si gadis hayati video ini. Selepas aku menonton, airmata aku mengalir. Dia membuat aku tertanya-tanya, adakah aku boleh menjadi salah satu aset buat mak dan abah ke syurga. Atau aku hanya akan membawa mereka neraka? 

Mulalah bnyk persoalan dalam minda. Antaranya...

Adakah aku pernah membuat mak menangis?
Adakah aku pernah mengecewakan hati abah?
Adakah aku pernah mengecilkan hati mak dan abah dalam diam?
Adakah aku ini anak yang baik?

Dalam video ini, Ustaz Don ada bertanya 'Adakah anak yang ada hari ini, mereka yang akan beratur dan berbaris untuk memandikan kita? Diakah yang akan mengkafankan kita? Diakah yang akan menjadi imam kepada kita?'

Ya Allah, adakah aku antara yang akan berbaris untuk memandikan jenazah mak dan abahku nanti? Adakah aku antara yang akan mengkafankan mak dan abahku?

Aku ingin menjadi anak yang solehah buat mak dan abahku. dan aku tahu, kita semua ingin menjadi anak yang terbaik buat ibubapa kita. Tp, mcm mana kita nak jadi yang terbaik jika masa sekarang pun masih ada yang belum sepenuhnya berbakti kepada ibubapa. Aku sendiri merasakannya. Aku masih belum cukup menjadi terbaik. 

"Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah dan kedua orang tuanya lah yang menyahudikan, atau mengkristiankan atau memajusikannya"

Ibubapa bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak tentang agama. Dan kita pula sebagai anak, harus mendengar setiap didikan yang diberikan oleh mereka, kerana itulah yang terbaik.  Dan kita pula sebagai anak, hendaklah sentiasa taat kepada mereka. Jgn sesekali melawan mahupun menyakiti. Ingatlah syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Tak jauh mana pun kita pergi kalau tanpa restu ibubapa. Mungkin akan berjaya didunia, namun kejayaan diakhirat itu lagi penting. 

Jadilah antara anak yang soleh dan solehah :') 

"Ya Allah, aku bermohon kepada, jadikanlah kami semua anak yang soleh dan solehah, agar dpt menjadi aset buat ibu dan bapa kami untuk kersyurga. Haramkanlah wajah mereka dineraka Ya Allah. Sentiasalah melindungi mereka Ya Allah. Jgn tinggalkan kami tanpa rahmatMU Ya Allah"


Sexy Pink Heart - Busy