Nurul Saleh Official Blog: Aku bermohon Ya Allah :')
Black Bow Tie

Wednesday, 1 May 2013

Aku bermohon Ya Allah :')

Pada suatu malam yang hening, dikala aku keseorangan dibilik, aku on kan laptopku. Dah macam cerita apa je. Hahaha. Ok so,  apa tujuan entri ni sebenarnya? Mcm ni, ada satu malam ni, as usual, aku on laptop dan online. On facebook and twitter. Dah tgk apa yang patut, aku pun buka youtube.

Ternampak ustaz don punya video. Dekat bawah ni lah video dia.


Aku harap sangat para pembaca blog si gadis hayati video ini. Selepas aku menonton, airmata aku mengalir. Dia membuat aku tertanya-tanya, adakah aku boleh menjadi salah satu aset buat mak dan abah ke syurga. Atau aku hanya akan membawa mereka neraka? 

Mulalah bnyk persoalan dalam minda. Antaranya...

Adakah aku pernah membuat mak menangis?
Adakah aku pernah mengecewakan hati abah?
Adakah aku pernah mengecilkan hati mak dan abah dalam diam?
Adakah aku ini anak yang baik?

Dalam video ini, Ustaz Don ada bertanya 'Adakah anak yang ada hari ini, mereka yang akan beratur dan berbaris untuk memandikan kita? Diakah yang akan mengkafankan kita? Diakah yang akan menjadi imam kepada kita?'

Ya Allah, adakah aku antara yang akan berbaris untuk memandikan jenazah mak dan abahku nanti? Adakah aku antara yang akan mengkafankan mak dan abahku?

Aku ingin menjadi anak yang solehah buat mak dan abahku. dan aku tahu, kita semua ingin menjadi anak yang terbaik buat ibubapa kita. Tp, mcm mana kita nak jadi yang terbaik jika masa sekarang pun masih ada yang belum sepenuhnya berbakti kepada ibubapa. Aku sendiri merasakannya. Aku masih belum cukup menjadi terbaik. 

"Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah dan kedua orang tuanya lah yang menyahudikan, atau mengkristiankan atau memajusikannya"

Ibubapa bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak tentang agama. Dan kita pula sebagai anak, harus mendengar setiap didikan yang diberikan oleh mereka, kerana itulah yang terbaik.  Dan kita pula sebagai anak, hendaklah sentiasa taat kepada mereka. Jgn sesekali melawan mahupun menyakiti. Ingatlah syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Tak jauh mana pun kita pergi kalau tanpa restu ibubapa. Mungkin akan berjaya didunia, namun kejayaan diakhirat itu lagi penting. 

Jadilah antara anak yang soleh dan solehah :') 

"Ya Allah, aku bermohon kepada, jadikanlah kami semua anak yang soleh dan solehah, agar dpt menjadi aset buat ibu dan bapa kami untuk kersyurga. Haramkanlah wajah mereka dineraka Ya Allah. Sentiasalah melindungi mereka Ya Allah. Jgn tinggalkan kami tanpa rahmatMU Ya Allah"


No comments:

Post a Comment

Sexy Pink Heart - Busy