Terjadinya sesuatu kepada diri kita, pasti ada sebabnya.
Tidak kiralah perkara itu sedih mahupun perkara yang menggembirakan. Allah
telah menciptakan hambaNya, pasti Dia lebih mengenali siapa yang Dia ciptakan.
Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi tahap kemampuan
seseorang itu. Diuji bukan disebabkan Allah tak sayang, namun kerana Dia
sayang. SayangNya Allah pada kita, tidak ternilai harganya. Dia menyayangi kita
melebihi kedua ibubapa kita. Kerana apa? Kerana Allah itu Maha Penyayang.
Diberi satu ujian yang bagi Nurul, membuatkan rasa seperti
Nurul tak mampu. Sedih, kecewa, murung, marah semua ada! Tertanya pada diri
sendiri, kenapa aku? Kenapa? Muhasabah diri balik….
Disaat kau gembira, adakah kau mengingati Allah sepertimana
sewaktu kau sedih?
Disaat kau bahagia, adakah kau mengingati Allah sepertimana
sewaktu kau kecewa?
Disaat kau tenang, adakah kau mengingati Allah sepertimana
sewaktu kau marah?
Tidakkan? Itulah aku. Teringat pada Allah hanya dikala
susah. Allah hanya mahukan aku untuk sentiasa mengingati Dia tidak kira dalam
apa jua keadaan. Jangan pernah merasakan bahawa hanya kau seorang sahaja yang
mengalami penderitaan. Allahuakbar! Astagfirullahalazim….
Teruknya Nurul…hanya memikirkan penderitaan yang Allah bagi
tanpa memikirkan kesenangan yang telah dia kurniakan sepanjang Nurul hidup
dimuka bumi ini. Muka bumi siapa? Muka bumi Allah! Ingatlah dunia ini hanya
pinjaman.
Alhamdulillah, Allah menitipkan ‘surat rindu’ Dia pada Nurul
bersama insan-insan yang amat istimewa buat Nurul. Keluarga yang tidak pernah
meninggalkan Nurul dikala suka dan duka. Sahabat-sahabat yang cukup menjaga
Nurul tidak kira dalam keadaan macam mana sekalipun. Dengan adanya mereka,
tidak sekalipun Nurul rasa keseorangan mahupun rasa tidak bersemangat. Kerana
apa? Kerana mereka adalah semangat Nurul. Hilang mereka, hilanglah semangat
Nurul. Terima kasih Allah…
No comments:
Post a Comment