Nurul Saleh Official Blog: Nurul Saleh love story Part 1
Black Bow Tie

Tuesday 17 September 2019

Nurul Saleh love story Part 1

Love story? Wahhhh! Dari last post jadi student KUIS, terus ke Love Story?

Hmmm. Is that true KUIS - Tempat cari jodoh?

Hahahaha. KUIS bukan tempat cari jodoh, tapi ianya adalah tempat berjumpa jodoh yang telah ditetapkan. In shaa Allah. Dan bukanlah semua dalam KUIS tu, akan jumpa jodoh dalam tu, cuma mungkin, kita perbetulkan iman dan ibadah kita sebelum berjumpa dengan jodoh yang baik diluar. In shaa Allah.

Ok, so my love story begin when I meet my bakal imam dekat masjid.

Weyh, clichenya. Hahaha. Ok bukan bukan. Saja je tu nak bagi gimik. 

Al-kisah, time registration Nurul daftar as Banking Student. But then, got some issue. So Nurul tukar course kepada Accountancy. Back to my streamlah. So my adik roommates ni, kos Accountancy. Dia dah meet up lah dengan KAC (Kuis Accuntancy Club) punya commitee. Once she dapat tahu yang Nurul nak tukar kos Accountancy. Excited tau dia. Yeah! Me too lah. Hahaha. Sebab Nurul kenal dia dulu before masuk KUIS. Through FB. Nurul kenal cousin dia, then kenal dia sekali tanpa sengaja. Hahaha. Sweet kan our friendship? Ok ok. Sambung cerita. Lepas dah settle hal penukaran kos Nurul, KAC ada buat satu macam dinner gathering lah untuk berkenalan dengan adik-adik junior.

On the way tu. adik roommate Nurul ni, cakap macam ni

"Nanti bila kak Syu tengok Presiden KAC, mesti akak suka. Sebab dia ada janggut"

 She mentioned janggut ok. For sure I melting. Nurul memang suka tengok lelaki berjanggut atau berjambang. Tapi jenis yang kemas lah. Then pakai baju melayu atau jubah. Typical perempuankan?

 So, sampai je dekat Cafe Tasik (Sebab dia sebelah tasik, so kita panggil cafe tasik), Nurul pun duduklah dengan geng classmates lain. Adik roommate terus bgthu "Kak Syu tu haa Presiden kita" Once I pandang. Seorang jejaka memakai tshirt belang biru muda dengan janggut kemas didagunya.

Auchhh! Kelihatan seperti anak ikan ni. Hahaha. He looks younger than me. So automatik Nurul cakap "Dia muda dari akak ni adik. Awak nak?" Tersipu adik roomate I ni. Nurul ni memang suka bab cuba kenenkan orang. Sebab time masuk KUIS ni, macam takde feeling pun nak bercinta or cari someone. Maklumlah, keadaan diri sendiri pun tak stabil (Boleh tengok my previous post pasal sakit Nurul). Jadi inilah Introductionnya.

Second time plak, kitorang ada Malam Mahabbah FPM, iaitu malam memperkenalkan semua committee dibawah fakulti FPM (Fakulti Pengurusan dan Muamalah). Sampailah ke Presiden I mula bercakap. Pssst! Dia sebut nama FB dia tau. Haaa, nak market ke tu? Haha. Nurul pun apa lagi, terus ingat. Sampai bilik je terus add tau. Semata untuk adik roommate. Dia kata if dah approve, baru dia nak add. So I pun sejenis yang cepat bertindak, teruslah add! Zuppp! Baru teringat, nak ke dia accept FB aku sebab my profile photo bukan gambar I alls. Gambar bebunga. Muslimah sesangat kononnya. Padahal sebab takde gambar yang cun. Hahaha.

Kessokkanya harinya,

 'A*** S**** has accept your request'

 Uppps! Dia approve tau. Teruslah I bgthu adik roommate. Adik roommate pun terus add dia. Nurul ni sejenis jarang add orang, tapi kalau add, orang tu approve, kita appreciate lah. So Nurul akan send messenger 'Thank approve :)' Itu saja.

Tetiba dia balas..... (Nantikan part seterusnya) Jengjengjeng Hahahaahah!

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Sexy Pink Heart - Busy