Nurul Saleh Official Blog
Black Bow Tie

Monday, 21 July 2014

MH17 dalam kenangan

Bulan puasa bulan yang penuh barakah. Dugaan dan ujian yang diberikan tanda Dia ingin menaikkan darjat kita :') Ya Allah berikan kami kekuatan dan ketabahan dalam menerima ujianMu.

Kehilangan MH370 masih menjadi tanda tanya. Sampai sekarang kita masih mencari jawapan. Setiap hari menantikan khabar dari pesawat itu. Mengharapkan agar terukir satu senyuman diwajah para keluarga yang telah berharap akan satu jawapan.

Hari yang diharapkan untuk memulakan dengan satu senyuman, namun apakah daya. Satu berita yang meragut setiap senyuman dan kegembiraan rakyat Malaysia. Pesawat mas MH17 ditembak. Hancur berkecai seperti kaca yang terhempas. Bukan hanya pesawat, namun harapan setiap penumpang yang ingin sampai di Malaysia. 

Harapan sebuah keluarga untuk beraya dikampung  halaman.
Harapan seorang anak untuk bertemu keluarga yang sudah lama tidak berjumpa.
harapan warga pelancong untuk melancong

dan

Harapan krew untuk menghantar kesemua penumpang dalam keadaan selamat.

Tanpa tahu erti kemanusiaan, pesawat ditembak dari langit dan jatuh kebumi. Tidakkah mereka bayangkan setiap nyawa yang berada diatas itu? Seorang bapa, seorang ibu, seorang anak? Dimana erti kasih sayang kamu wahai pengganas?

Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui segalaNya. Ke syurga tempat mereka, inshaAllah...

Yang pergi telah pun pergi,
Yang menanti, tetap menanti.

Ya Allah, berikan kami ketabahan dan kekuatan dalam menerima ujian dariMu.
 

Monday, 30 June 2014

Jangan pernah lupa, TAPI beringat!

Termenung sejenak bila memandang kearah orang yang kurang upaya. Ya Allah, sungguh tabah mereka dlm menjalani ujian dari Allah. Bukan mudah mengalami dugaan yang berat itu. Mereka sentiasa tersenyum walaupun dalam hati mereka terselit seribu duka.

Nurul teringat sewaktu Nurul memakai tongkat dahulu. 'Dia'lah peneman sejati Nurul. 'Dia' kekuatan Nurul. Terasa sangat sukar menjalani kehidupan tanpa kesempurnaan tubuh badan. Walap hanya untuk sementara, itu dah cukup buat Nurul rasa sangat lemah. Kelemahan dalam melakukan aktiviti harian yang Nurul biasa jalani. Jangan sesekali mengeluh atas ujian daripadaNya. 

Allah memberi ujian kerana Dia rindu akan kita, yang mungkin dalam tak sedar makin jauh dari Dia. Dia mendekatkan kita agar kita ingat padaNya. Allah berikan dugaan untuk menduga tahap keimanan kita. Kita tak tahu apa yang Dia rancangkan untuk kita. 

Kesakitan yang dia berikan adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Jangan sesekali kita mengeluh. Ketahuilah Allah sedang menaikkan darjat kita disisiNya. Istighfarlah. Dan sentiasa ingat kalau diberi ujian tu, maksudnya kita telah dipilih! Weeee~

Bila Nurul alami ujian atau dugaan, Nurul sentiasa ingat...


Kalau kita sedih, ingatlah ada orang yang lebih sedih dari kita,
Kalau kita susah, ingatlah ada orang yang lebih susah dari kita,
Kalau kita sakit, ada orang yang lebih sakit dari kita,

Bila kita berdiri, kena ingat ada orang yang sedang duduk kerana tiada keupayaan berdiri.
Bila kita tak boleh jalan, kena ingat ada orang lumpuh seumur hidup.
Bila kita sakit demam teruk, ingatlah ada orang yang terlantar tanpa boleh buat apa-apa seumur hidup.

Disaat kita rasa marah dengan keluarga, beringatlah ada orang yang hidup sebatang kara.
Disaat kita rasa kecewa, putus cinta. Beringatlah, jodoh itu ada. 
Disaat kita rasa dibenci, beringatlah pasti ada yang menyayangi.

Bila demam 'Ya Allah, dugaan apa yang Kau berikan sehingga aku lemah sebegini?'
Kita lupa kita demam untuk 5 hari, namun Dia dah kurniakan kesihatan yang sihat untuk 360 hari yang lain. 
Bila susah 'Ya Allah, apakah salahku hingga aku susah begini?'
Kita lupa yang Dia dah berikan kesenangan sebelumnya.
Sebenarnya kita lupa untuk bersyukur dengan setiap yang Dia anugerahkan. Oleh sebab itu, dia tarik untuk sementara untuk kita BERINGAT!

Nurul menaip untuk bacaan semua dan muhasabah diri Nurul sendiri, maafkan jika ada tersalah.

-Assalamualaikum-

Saturday, 28 June 2014

Mulianya Ramadhan :')

Bismillah, alhamdulillah dan bersyukur sangat sbb Nurul masih berkesempatan nak update blog. Allah masih memberi keizinan pada Nurul untuk merasai Ramadhan yang mulia tahun ini. Hanya satu Nurul mohon, semoga semua amalan Nurul dan ibadah yang Nurul lakukan diterimaNya :')

Mesti ada yang merindui Ramadhan kan? Nurul pasti semua umat Islam dimuka bumi ini amat tak sabar menantikan bulan yang penuh barakah ini. Sbb apa ea? Di bulan inilah, 

Pintu neraka akan ditutup,
Pintu Syurga akan dibuka,
Seksa neraka diberhentikan,
Syaitan diikat.

Lihatlah betapa mulianya bulan Ramadhan ini. Dalam bulan ini juga, Allah menganugerahkan malam Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. MasyaAllah~

Bulan yang mudah untuk kita mendapatkan membuat amal kebajikan dan mendapat pahala.Malam td, first terawikh Nurul pergi. Ustaz Raihan ada bg tazkirah tentang Ramadhan. Apa yang menarik perhatian Nurul adalah, di saat dia berkata 

Bukanlah amalan yang membantu kamu masuk ke syurga, namun RAHMAT dan KEAMPUNAN dari Allah itulah yang penting!

Bila Nurul pkir balik, ea. Kalau kita melakukan amalan, namun tak ikhlas ataupun kita menunjuk-nunjuk, pasti tidak dapat rahmat dan keampunan dari Dia. Subhanallah~

Jadi marilah kita mengejar pahala, dalam mengejar itu jgn lupa membawa bekal amalan yang ikhlas dan make sure amalan itu memenuhi syarat untuk kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah. 

Tp jangan lupa ea? Nafsu manusia ni sangat kuat kalau keimanan kita rendah. Jadi jangan terlalu ikut nafsu tu, mungkin syaitan diikat, namun nafsu tu masih ada :)

Tak lambatkan untuk Nurul nak ucapkan 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


-Amin Ya Rabbal Al-Amin-
 

Sunday, 8 June 2014

Haram atau Halal?

Assalamualaikum, setelah dah lama tak update blog, hari ni baru ada masa nak update. Bukan apa, dah bekerja sekarangkan.*eceh ayat acah bekerjaya je. Nurul kerja temporary dekat Unikl. Bestlah jgak. Nanti Nurul akan update pasal pengalaman Nurul bekerja.Bukanlah dientry ni, dah nama pun lain kan? Hehe~

Haram atau Halal? Hmm. Hari tu kita semua dikejutkan dengan berita yang Cadburry mengandungi DNA babi. Disahkan haram. Satu Malaysia elak makan Cadburry. Dah haramkan? Alhamdullillah. Nurul rasa sangat best on that moment. Tgk status facebook, tweet dkat Twitter, masing2 update 'Cadburry Haram!' semua umat Islam dkat Malaysia ni, pakat nak boikot Cadburry. Dkat kedai-kedai pun dah takde stock Cadburry. Negara Malaysia mula dilihat sebagai Negara Islam yang amat menitik beratkan halal dan haram. Siap ada yang kata nak samak mulut sbb dah makan babi. Katanya

Ada satu cerita yang Nurul baca, agak klaka tp itulah realiti sekarang

BF: You, meh i pimpin tangan you melintas.
GF: Okay
Mereka pun dgn penuh sweetnya berpimpin tangan. Smpai di satu tmpat.
BF: Eh rambut you kusutnya
GF: Alah ea ke?
Si GF pun membetulkan rambutnya. Mereka menuju ke kelab malam. Si BF keluarkan chocolate Cadburry.
BF: Nah, untuk you.
GF: Eh taknaklah. Cadburry ada DNA babi. You nak bg i mkn mknn haram?

Ehem ehem. yang kamu pegang tangan dari tadi, tak tutup aurat tu. Ingat Halal? Kuikuikui~

Haramnya sesuatu makanan amat dititik beratkan, namun apa yang haram dari dulu lagi tidak diambil peduli :') Nurul tgk zaman ini, bile dihulur arak, minum SIKIT. Pegang tangan bukan muhrim, TAKPE. Tak tutup aurat, alah BELUM SMPAI MASA.

Kenapa ea? Adakah kita hanya diajar halal atau haram pada makanan sahaja? 

Ada benda yang lebih penting, tak pula dipentingkan. Yang tak penting, bukan main pentingkan. 

Bila kata Cadburry dah halal, bukan main marah. Dah sah halal, namun takut utk makan. Sbb apa? Takut tak sah lagi. Bila yang dah sah haram? Apa kita buat? Mcm2 alasan kita bg kan?

Rasulullah tersenyum melihat umatnya begitu berwasapada soal makanan. Namun, pernah tak kita terfikir apa yang dia rasa melihat umatnya lebih cenderung ke arah kebaratan? Baginda begitu merindui umatnya walapun tidak pernah berjumpa mahupun melihat kita. Baginda berdoa demi kita, adakah kita boleh merindui baginda hanya dengan mengungkapkan, 'Ya Muhammad, kami merindui dirimu'?

Beringatlah sentiasa, apa yang dilarang Allah bukan hanya pada makanan yang haram.
Kalau termakan makanan yang haram tanpa sedar bukanlah satu dosa yang besar nak dibandingkan dengan melakukan perkara yang haram. Sekarang kita semua dah terikut-ikut bangsa lain. Itulah kita.

-Islam sepatutnya mempengaruhi kaum lain, bukan dipengaruhi-

Maafkan Nurul kalau ada terasa sbb Nurul juga manusia yang sedang belajar, dan apa yang Nurul update, Nurul juga muhasabah diri :')




Tuesday, 6 May 2014

Sincerely from me :')

Loves? It's not easy to make love. We need an honest heart to be loved. But, don't you know we fall in love everyday? With who?

We fall in love 
with Allah.
with Rasulullah.
with Family.
with Friends.

Family. Not only our parents or siblings. Grandparents, aunts, uncle, cousins, nephews, nieces and etc. The blood ties make our loves stronger.

I enter this world with loves. Mak was the first tell me about loves by carrying for 9 months in her tummy. Abah, show me his loves by hold me and stray to my small ear. With their smile my siblings welcomed me to the house. Got a kiss from my grandparents. The other relatives bring me everywhere and hold me. 

Loves is sweet.




Friends. I know from everywhere. Start form my childhood, kindergarten, primary and secondary school, tuition center, college and social media. Even maybe we just know only for not a long time, maybe for a year, a months, or maybe we never meet each other! still have a sweet moments for me.

Once i know the meanings of loves, you guys make the loves i know more meaningful. Never failed to make me smile. Yes, i admit sometimes we had arguments, we had fight, But that's never make my loves less towards you.

To those who i never meet, maybe only in social media. You guys are awesome! Even with a comment or PM at facebook, tweet or DM at twitter, like from instagram, a song from youtube but still it is extremely make me happy. Thank you!

Loves is beautiful.




Dears, i am an ordinary person. Have make mistakes. I'm sorry for made or make you mad, sad, touching and any bad feelings. I didn't mean it. To be honest, i just want to make people around me happy. I want to create a beautiful moment with people who i love. 

Allah sent very pretty gifts to me. Alhamdulillah. Be thankful to Him.

Thank you Allah, this loves feeling makes me feel wonderful.





p/s: Sorry for any grammatical error. Tangan gatal plak nak buat entry english :p

Tuesday, 22 April 2014

My first experience

Assalamualaikum :) you guys must be thinking of what experience i wanna share, right? Hehe ^_^ *speaking pulak Haha

Pengalaman ni terjadi pada 15 Januari 2014. Awal tahun lpas. Actually, dah jadi mcm sejarah plak. Dan i will make sure sejarah ni takkan berulang. InshaAllah :')

Cerita dia mcm ni, Nurul kena masuk MRI untuk buat pemeriksaan. Tahu kan MRI? Meh, Nurul cerita sikit MRI ni ap.

MRI - Magnetic Resonance Imaging. Gambaran keratan rentas badan yang diambil dengan menggunakan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan tersebut. Berbeza dengan "CT scan", MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi disebabkan tiada penggunaan X-ray dalam proses tersebut.

Itulah dia MRI. Hehe. Yg mcm masuk dlm gua tu. Haha. ni gmbar dia.

Mulanya cerita, Nurul kena masuk 'gua' ni pada pukul 2. Sebelum tu, doktor pesan puasa dua jam awal. Maksudnya, pkul 12 mcm tulah. Then dia ad bg 16 biji pil utk mkn 8 biji waktu malam sehari sebelum dgn 8 biji lagi utk mkn pkul 12 tghri tulah. Dah pkul 12 tu, Nurul pun mulalah puasa mcm tu, Hati dah nervous bukan main dah ni. Berdebar satu mcm. Start dari malam tu dah nervous dah. *acah nervous mcm nak jumpa bakal suami :p konon* 

Dah smpai hospital, kaki nak bergerak jalan tu rasa mcm mengigil je. First time kan? Sebelum tu dah buat research dah. Dalam tu nanti tak boleh pkai barang besi. Nurul dah suruh abah buka dah rantai+gelang time dkat bilik menunggu tu. Dalam tu Abg Feroz kata sejuk, Nurul ni dahlah mmg fear of cold :D Haha. Smpai dkat situ dlm pkul 12 lebih tak silap. ke 1, lebih kuranglah. Hehe.

Tunggu

Tunggu

Tunggu

Time menunggu tu, Nurul berwhatsapplah dgn family. Kawan-kawan. Nak kurangkan rasa takut. Siap request lagi, nak subwaylah, secret recipi lah. Mcm2 lagi. Smpai Kak Nana kata, 'tahulah lapar' Haha.......

dan

Tunggu

Smpai pkul 4.30 bru dia panggil masuk. Just imagine, Nurul sepatunya kena puasa dua jam sebelum je. Ni dah brape jam. Nurul punya lemah, hanya Allah jelah yang tahu. Dahlah tak mkn. plus dgn nervous lagi. Tak cmpur lagi dgn sakit. Heeee~

Sebelum nak masuk tu, doktor kata kena masukkan ubat dlu. Bg senang nak scan dia kata. Dgn penuh kerelaan, Nurul hulurkanlah tangan. Dia pun checklah dkat mana yg nak masukkan ubat tu. Dia cucuk jarum taw, Tahu jarum?? Tahu? Yg tajam dkat depan tu T.T

First dia cucuk, then dia keluarkan, 

Second dia cucuk lagi, then salah 

Kali ketiga dia cucuk, salah :/ eh eh bergurau plak doktor ni 
*doktor ni ingat tangan Nurul span agaknya*

Time tu Nurul rasa nak muntah, pening, mual. Masuk toilet rasa nak muntah, tp nak keluar apa je, mkn pun tak. Air pun tak keluar. Doktor tu tanya, still nak continue ke tak, sbb muka Nurul dah pucat lesi. Ha Ha bergurau lagi doktor ni, dah puasa td, then nak tanya boleh buat ke tak. Nurul angguk jelah. Dia bg rest dlm 5 minit, then doktor lain dtg. Cucuk lagi skali. Belah kanan plak, td kiri T.T alhamdulillah. Nasib baik yg ni betul. 

Nurul dah tak larat nak jalan dah. Dia sorong guna kerusi roda. Suruh baring dlu atas katil hospital dalm 10 minit. Then bru dia bawak masuk. Seriously, rasa sejuk bukan main. Tp, oklah. Nurul dpt tahan. Dlm tu, bising mcm org bertukang je. 

Tung tang

Tang tung

Ping ping

Trengggggg

Cenggitulah bunyi dia. 

Then MRI ni dia pun bergurau jugak, kjap dia sreetttt bawak masuk kedalam. Then, dia sreeettt bawak keluar. Heheh. Sreeet tu maksudnya dia nak scanlah >.< Haha!

Tak pastilah brape lama. Then ad sorang kakak masuk. Dengan penuh lega Nurul tersenyumlah jgak. Ingatkan dah hbislah. Rupanya, 'dik, tidur ea? Akak nak tmbah ubat lagi skit'

Grrrrr

Itu jelah yg mampu Nurul keluarkan bunyi. Sambung lagi bunyi yg amat melunakkan tu. Kalau dia bg dgr music takpe jugak. Ni bg bunyi music...

tic

tic

tic

tic

Dah mcm tic tac toe je. Nurul nak tidur tak boleh dalam tu. Sejuk satu hal. bising lagi. Berselawat dan berzikir jelah :) Tenang juga rasa~

Srreeetttttt. Finish. Alhamdulillah.

Time keluar tu nak dijadikan cerita, tahap lemah Nurul dah maksimum sangat. Nurul td dtg dgn abah naik motor. Tak dpt bayangkan balik mcm mana. Rupanya Abah dah call Abg Feroz suruh amik naik kereta. Huhuhu. Terima kasih Abah and Abg Feroz :*

Dekat rumah, nak telan mknn pun susah. Abg Nurul siap dukung lagi. Just imagine you not eat anything from 12 until 6.30? then plus with pain that you suffer?

Mak kata, muka Nurul time tu kuning. Mcm bawak mayat hidup je :')

Ya Allah, telah Kau uji aku mengikut kemampuanku. Kau lebih mengetahui tahap kekuatanku. 

Dalam pkul 8 lebih mcm tu. Nurul on phone yg Nurul off start pkul 1 lebih mcm tu. Nurul whatsapp pun guna phone abah. Haha. Once Nurul on je, whatsapp masu, msg masuk, missed called jgn cakaplah. 

Ya Allah, rasa mcm disayangi sengat dengan 'caring' my family and friends. Allah does not give me the strength in myself, but He gives me by sent my wonderful family and awesome friends as a gift :') Thank to Allah!

So, that's all my entry for today :)

Just keep remember that Allah knows what He plans for us :')

-Alhamdulillah-


Monday, 14 April 2014

15 April 1993 - The day where Nurul Saleh born

15 April? Ada apa? Weeehuuu~
Hari yang tak berharga buat sesiapa pun, tp paling berharga buat Nurul :'D Sbb ap?
On that date, was the date when i was born.

Seorang bayi perempuan yg diberi nama Nurul Syuhaidah bt Mohd Saleh. Yang terakhir atau yang paling kecik. Puteri bongsu. Adinda yang paling comel. *Eh itu perasan sendri

Hahaha. 21 tahun yg lpas, Nurul dilahirkan di HBKL. Kini, dah besar pnjg dah. Bru perasan dah 21 tahun Nurul berada didunia ini. Hehe. Alhamdulillah, terima kasih Allah~

Imbau kembali antara kenangan birthday party yg Nurul ingat, time tu Nurul darjah 6. Ni waktu malam ok? Nurul balik tuisyen. Standardlah hbis tuisyen pkul 10 malam. Balik je, turun motor. Rumah gelap. Tanya abah 'Semua dah tidur ke?' Abah senyum je. Then bila buka pintu rumah lagi gelap. Nmpk lampu dapur je terbuka. Nak masuk mcm seram, tp masuklah. Rasa mcm nmpak bayang org dkat sblah pintu tu. Tup Tup, lampu buka nampak Kak Lin pegang belon. 'Happy birthday!' *lebih kurang mcm tulah ayat dia hahaha.
Happynya Nurul bukan main. Kalau senyum tu boleh smpai ke telinga, dah smpai dah lebar dia. Hahaha. 

Lagi satu time Nurul form  2. Dkat skola lah for sure. Dorang suruh dtg awal, Nurul takde nak expect ap2 pun. Tibe2, ad kawan Nurul tutup mata Nurul then slow2 bawak Nurul jalan. Bila buka mata, ad kek depan tu :'D Heheh. Thank you so much kesayangan di CPR :')

Zaman kolej pula? Yeah! On my 20 birthday :') Ni di kira sebagai padan muka sendiri diatas kenakan orang time birthday. Haha :'D kalau nak thu apa, tgk update Nurul 


The latest. Kronologi dia bukan main hebat mereka2 ini T.T seriously. Nurul tak expect lansung. Pintar betul. Hahaha. Terjadinya sehari sebelum juga ^_^ 14 April 2014. 

Bermula plan nak pergi Aeon Maluri je pada 11 April. Lpas hbis paper Yuyu. Then, Nurul ajak prgi lpas zohor. Sbb senang skit. Just imagine, lagi 2 jam mcm tu nak prgi, tiba2 mek Nadia kata dia tak dpt follow sbb sakit kepala. Oklah, then Yu dgn Zaty pun tak prgi. Zaty punya tiket lpas zohor :/ Agak geram disitu. Hati ni rasa agak patah sbbnya, tak dpt jumpa last dgn dorang :(

Hari Ahad, 13 April malam tu, Nurul dah siap sent msg ni kata take care on their journey nak prgi PD. Nurul tak dpt follow sbb adalah sbbnya :p Haha. Ada hari sbelum tu, Nurul dpt tangkap dorang ad buat group whatsapp. Tp, Nurul expect tu untuk yg prgi PD SAJE! Lagilah anak dara bernama Nurul ni agak terasa. Nadialah yg bersungguh kata bukan. Still clueless lagi time -.-"
Petang tu Nadia kata prgi pkul 10, malam tu Yu kata pergi pkul 8 pagi plak. Confius dah. Tp, it's oklah. Malam tu, nadia msg suruh tanya mak, kononnya mak dia nak dtg rumah esok. So, dgn bersungguhlah tanya mak. Mak kata ok.

Pagi Isnin 14 April. Bangun tidur mak kata, mak Nadia dtg pagi dlm pkul 9. Nurul pun oklah. Nurul nmpk karipap bnyk dgn cawan2, mak kata mana tahu kalau mak Nadia bawak cucu dia. Hahah ^_^ mak komplot bukan main. Hehe~Dah pkul 9 tp tak smpai lagi. Nurul pun jaga Ariq tidur, smbil nak update blog. Tibe2, dgr bunyi pintu pagar. Nurul nak terus ke dapur sbb kata kawan mak kan, tp prasan dkat tingkap muka familiar sangat. Prgi dkat pintu, nmpak Ira tgh jalan, then nmpak Ain dkat pagar dgn muka terkejut, Nurul pun sangatlah terkedu dkat situ, dorang terus nyanyikan lagu 'Happy birthday' :'D

Perasaan dlm hati hanya Allah jelah yg tahu mcm mana rasanya. Dahlah unexpected. Kenangan terindah plak tu. Yang paling best

'Mengenakan Syu kali kedua berjaya'
KALI KEDUA taw! Haih sahabat :')

Ya Allah, telah kau berikan mereka sebagai peneman, aku bersyukur. Aku mohon, eratkanlah hubungan kami Ya Allah. Jangan pisahkan hati kami :)






Sexy Pink Heart - Busy