Jangan pernah kita mengeluh disetiap dugaan yang telah Dia berikan pada kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Betul, setiap kali dugaan atau ujian yang Dia hantarkan buat kita rasa lemah. Ketahuilah, Dia mengetahui kemampuan lebih dari diri kita sendiri. Dia Maha Pencipta.
Ujian dari Allah itu adalah sebagai 'surat cinta' dari Dia buat hambaNya yg dirindui. Macam kita, apa yg biasa kita lakukan disaat merindui seseorang? Kita menghantar sms kan? Bertanya khabar, meluahkan rasa rindu. Hadirnya rindu tatkala kita berjauhan.
Disaat Allah merasakan hambaNya mula lupakan Dia, mula jauh dari Dia. Dia mengirimkan 'surat cinta' berbentuk ujian buat kita. Kadangkala kita tak sedar yang kita makin jauh dari Dia. Sayangnya Allah pada kita sehingga Dia memberi petunjuk dalam pelbagai cara.
Ujian yang mendatang ada pelbagai cara. Mungkin disaat kita sedang bahagia dengan kesenangan, namun kita lupa utk bersyukur. Mungkin juga disaat kita sedang menikmati kemudahan fizikal kita, namun kita gunakan kearah yang salah. Mungkin juga sewaktu kita dipuji dengan kecantikan yang Allah berikan, namun kita riak.
Datangnya ujian dari Allah bukan utk menyusahkan, namun utk buat kita kembali padaNya, buat kita ingat pada Dia. Subhanallah, Allah tidak melupakan hambaNya.
Setelah ujian dihantar, hanya satu yang Dia harapkan. Kembalilah kita menuju jalanNya. Jalan yang telah Dia redhai. Berdoalah! Kerana doa adalah senjata utama kita. Doa juga adalah 'surat balas' kepada 'surat cinta' Allah :')
Salam syuhaidah. Akak dtg baca blog awak :)
ReplyDeletehttp://farahfirdaus.blogspot.com
Waalaikumsalam kak farah :) Terima kasih kak :D Nurul bru lagi dlm blog nie. Mohon ajar ea? Nurul dah follow blog akak. Sweet tgk family akak ;)
Delete