Hari tu, Nurul ada pergi satu tmpat. Satu tmpat rawatan lah di Beranang. Nurul pergi atas sebab masalah kesihatan Nurul. Waktu Nurul sakit, Nurul pernah terfikir.
Kenapalah aku sakit?
Kenapa orang lain tak rasa mcm aku rasa?
Hmm, Ya Allah. Nurul rasa agak down waktu tu. Tp, Nurul lupa. Orang disekeliling Nurul juga turut risau dgn keadaan Nurul :') keluarga dan kawan-kawanlah orang yang paling bersama dgn Nurul ketika Nurul sakit. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menghadirkan mereka dalam hidup Nurul~
Nurul pergi sana bila kawan mak ada bercerita ttg kepakaran sorang Prof disana. Time smpai dkat situ, Nurul nampak ramai orang. Sorang-sorang Nurul tgk dan perhatikan. Ada yang strok, ada yang kanser, ada yang sakit kronik. Macam-macamlah~ Hmm. Baru Nurul sedar,
Bukan aku yang teruk, tp ada lagi. Kenapa mereka boleh tabah, tp aku tak boleh?
Sebenarnya, setiap apa yang kita rasa dalam dunia ni. Masih ada yang lebih dari kita. Allah memberi kita sakit sbb nak kita ingat pada Dia. Mungkin waktu kita sehat dulu, kita lupa pada Dia. Atau Allah ingin mengangkat darjat seseorang itu disisinya. Wallahualam~
So! Haha. Jgnlah kita ingat mcm kita ni je, yg sakit teruk. Mcm kita je yang paling sedih. Mcm kita je yang paling menderita. Cuba muhasabah diri atas setiap yg menimpa :)
No comments:
Post a Comment