Nurul Saleh Official Blog: Hanya tuhan yang tahu
Black Bow Tie

Monday 7 September 2015

Hanya tuhan yang tahu

Mencari kekuatan didalam diri bukan mudah. Bila kekuatan itu hilang, seluruh jiwa dan raga turut hilang. Dimana kekuatan yang ada selama ini? Dalam tak sedar, kekuatan itu ada di dalam diri mereka yang dekat dengan ku. Senyuman mereka, pandangan dan cara mereka adalah kekuatan yang aku cari.

Aku tahu, sakit aku, derita aku, hanya aku yang rasa. Namun, cukup dengan hanya "Kamu ok tak ni?" sudah melegakan jiwa. Tiada niat untuk menyusahkan orang lain dengan mengadu kesusahan diri, hanya inginkan secebis kasih sayang untuk mandapatkan kekuatan diri.

Hanya Dia yang tahu apa yang tersemat didalam hati. Tangisan aku, perit menahan kesakitan hanya Dia yang tahu. 

Adakah perlu untuk aku mengadu apa yang menimpa aku disaat mereka yang aku yang perlukan sedang sibuk? Kerisauan mereka boleh melemahkan aku.Tetapi, jika aku tidak meluahkan apa yang aku alami, kelak pasti akan lebih menyusahkan. 

Hadirnya insan-insan yang aku sayang di dalam hidup membuatkan aku semakin kuat. Kekuatan diri ini hanya bergantung dengan mereka disekelilingku. Tiadanya mereka, hilanglah kekuatan diri ini. 

Adik tahu disebabkan adik, mak abah selalu susah hati. Sering risau akan keadaan diri adik. Tapi, percayalah bukan ini yang adik minta. Ini adalah ujian buat adik supaya adik menjadi lebih kuat. Adik berjanji, akan membalas jasa mak dan abah, dan adik akan sedaya upaya untuk membuat mak abah selalu tersenyum. Adik sedang cuba menjadi anak yang baik agar adik dapat menjadi penyebab buat mak abah masuk ke syurga :')

Abang-abang dan kakak-kakak adik, adik berterima kasih sebab ada abang-abang dan kakak-kakak yang menjag adan menyayangi adik. Adik minta maaf diatas kenakalan adik. Adik akan cuba menjadi adik yang baik. Dan adik sentiasa berharap, kita semua akan bertemu disana nanti :')

Hey kesayangan, bidadari Syu, Terima kasih diatas jagaan dan keprihatinan kalian terhadap Syu. Susah senang kita bersama. Syu minta maaf andai kata Syu terlepas pandang akan masalah kalian. Syu minta maaf juga jika Syu tidak dapat menjadi sahabat yang baik. Syu sentiasa berdoa agar perhubungan ini kekal menuju syurga dan persahabatan kita diredhai :')

Hye awak yang disana, terima kasih sebab mengambil berat tentang saya. Dan terima kasih seringkali bertanya soal kesihatan saya, mengingatkan saya tentang makan ubat. Terima kasih sangat. In shaa Allah, ada penghujung yang bahagia yang buat awak :') terus tersenyum kerana itu juga boleh menenangkan saya.


Ya Allah izinkan aku menggapai redhaMu,
Jadikan aku hamba yang sentiasa dekat denganMU,
Berikan aku hidayahMu,
Dakaplah aku disaat aku menerima ujian dariMu.

No comments:

Post a Comment

Sexy Pink Heart - Busy