Nurul Saleh Official Blog
Black Bow Tie

Wednesday, 6 November 2013

Permata yang dicari

Permata yang dicari? My new post. Tajuk lagu kegemaran aku. Lagu dari dehearty. Setiap bait lirik dia amat syahdu dan bermakna. Antara yg aku pham, seorang lelaki yang mendambakan seorang gadis yg sangat istimewa. Keistimewaan yang diidamkan setiap lelaki daripada gadis yang mereka harapkan. Lirik yg paling aku suka part si lelaki bermohon kpd Allah. 'Seorang lelaki yang baik, hanya untuk perempuan yang baik' 

Permata yang dicari ada didlm diri setiap gadis. Tinggal kita utk menjaganya dengan baik. Permata yang amat bernilai adalah permata yang amat sukar dicari. Tp, disaat permata itu ditemui, pasti amat sukar utk dilepaskan dan setiap yang menjumpai permata itu, pasti ingin menjadi pemiliknya. Keimanan, personaliti dan yang penting maruah seorang gadis adalah permata yang tidak ternilai harganya. 

Lelaki bukanlah mencari permata yang cantik dipandang mata sahaja, tetapi mereka inginkan permata yang kekal cantik didalam. Jika permata yang dicari itu, indah diluar dalam dan luar itu adalah bonus. 

Mari kita amati bait-bait lirik lagu Permata yang dicari :-


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tapi, kita kena ingat, sebelum ingin menjadi permata yang dicari oleh lelaki. Kita harus menjadi permata yang taat kpd Allah dan Rasul. Permata yang solehah buat keluarga. Jadikan itu sebagai keutamaan. 

"Jadilah permata utk Allah, Rasul dan keluarga. Barulah, menjadi permata idaman lelaki"

Monday, 28 October 2013

The Crew of KPTMKL

Assalamualaikum! Dah lama tak update blog nie. Berhabuk dah. Kena pkai vacuum dah nie -.-"

Hah, so setelah puas memikirkan idea utk update pasal apa. Rasa mcm nak perkenalkan plak my new family dkat kolej! Weee~My CREW FAMILY!

Citer dia mcm ni, bermulalah sebuah kisah dia sebuah kolej. Ada satu kelab under MPP ditubuhkan yg diberi nama THE CREW. Group ni akn menolong pihak MPP dlm menjalankan event2 dikolej dibawah anjuran MPP sendri. MPP adalah Majlis Perwakilan Pelajar. 

Jadinya, kawan aku mengajak utk jd one of the crew. Mula2 mcm taknak, tp tiba2 mcm nak. Kenapa tiba2 nak tu, adalah kisah disebaliknya. Krik krik~Haha. Ok, jadi aku pun hnatarlah borang 'last minute' sbb tiba2 dpt tahu hari last day dia adalah pada hari itu. Hari apa? Jgn tanya! Sbb ingatanku belum cukup kuat.

Lpas submit borang, kena interview plak. Jgn main2 taw! Pkai interview lagi. Aku dgn penuh selekeh masuk interview yg pada mulanya aku tak dpt masuk, tp dlm jangka masa 5 minit je aku gagahkan jugak.

Actually, aku ni agak gerun skit dgn abg2 MPP ni. Sejak nmpk muka dorang time election, hati dah seriau. Muka dorang ni ad aura garang bak hang. Hahaha. Antaranya, abg rejab, abg nizam dgn aizat. On that time, kenal mcm tu jelah. Tak rapat mana pun. Tp bila dah mmber ad jadi MPP iaitu Ila, jadinya bolehlah ckp2 skit dgn dorang nie. Dulu ealah skit, skrang ni bnyk jgaklah ckp. Tp, perasaan gerun tu masih ada :D Haha

Dipendekkan cerita. Aku lpas interview. Rezeki agaknya :D Hehehe. Our first meeting begin with perlantikan presiden dan ajk2 yg lain. Dan aku? Mestilah takde jawatan. Hahaha! Cerita nak gempak je. Hanya menjadi one of the crew dah cukup awesome aku rasa! First event dimulakan dgn Bismillah. Eh, itu dah pasti, first event adalah Majlis Berbuka Puasa Perdana KPTMKL. Aku dilantik menjadi ketua biro jemputan. Alah, main jemput2 org tu. Hehehe~

Bawah aku ada adik2 manis bersama kawan seperjuangan aku Syaza Aziz! Adik2 manis yg aku tak kenal pun dorang nie siapa, tp doranglah tmpat aku bermanja sebelum dan selepas event. Bermulanya event itu yg diadakan selama dua hari. Telah bnyk mengajar aku erti penat yg amat bahagia! :D Maksudnya, even penat mcm mana pun, aku tetap gembire sbb mereka pndai membuat aku tersenyum :) Time event berlansung, nama aku bila ad org pggl aku kena pndg dua kali, sbb kdg2 yg pggl nama aku tu, aku tak tahu nama. Maaf ea? Tp itu dulu! Time tak kenal lagi. Skrang dah kenal, asal jumpa je jgn citerlah cara dia mcm mana. Mcm dah kenal setahun :D Huhuhu~

Kemudian, berlakulah event2 yg besar yg dianjurkan oleh MPP. Seperti Merdeka Raya, Karnival Citrawarna dan Gran Annual Dinner. Pahit manis sepanjang masa samada before the event or after the event, really make me more fall in love with the Crew. My Crew is AMAZING! Thanx to MPP because make me as one of the crew. Walaupun, aku tak bnyk sgt involved in crew because have some problems, but they still make me as one team!

And last! Good job and well done guys for such a great moment in all the event! Even GAD is the last event for us, InshaAllah this relationship will never end :')





Wednesday, 16 October 2013

NSmoment | Majlis Pertunangan Siti Musliha dan Mohd Asyraf

Pada 31 Ogos 2013, ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan, sepasang pasangan telah meraikan hari bahagia mereka dengan mengikat tali pertunangan.

Disini ada secebis kenangan sekitar majlis berlansung :)

Cincin disarung tanda hati dah dimililki. Menyalam bakal mertua
tanda hormat dan mohon restu :)

Senyuman diukir tanda bahagia mula mendatang :)

Siti Musliha(Seha) selamat menjadi tunang dan bakal teman hidup Mohd Asyraf(Rsher)

Bakal mertua bersama bakal menantu :)

Ikatan yg terjalin dan penyatuan dua hati 

Saturday, 22 June 2013

Baby Laughing ^_^

When i feel depressed, tension or stress, one way for me to treat is playing with my nieces and nephews.
Cara mereka ketawa buat kita senang hati dan terhibur. Aku suka melihat baby atau kanak-kanak bermain dgn gembiranya. Kerana itu adalah satu cara untuk aku tenang. 

The most awesome video is right here!


My nephew. Muhammad Firas Amsyar :)

Selain itu, aku juga tertarik dgn one of the video in youtube


Twins mimic their father sneezing! :D

How cute they are <3

What ever it is! Baby is the precious thing in the world~

Thursday, 16 May 2013

Catatanku (arwah adik Adam Shukri)

Pada 4 Mac 2012 lahirnya seorang bayi lelaki diberi nama Ahmad Adam Shukri. Namun, kelahiran si kecil ini tidak seperti kanak-kanak lain. Adik Adam dilahirkan secara vacum. Dia keluar dalam keadaan kekurangan oksigen. Pada 9 Mac 2012, MRI telah menunjukkan otak Adik Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Dia tidak pandai menelan air liur dan bergantung kepada mesin oksigen untuk terus hidup. Adik Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction untuk menyedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan  adik Adam mengalami kecederaan. Begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.

Doktor pakar otak mengesahkan si kecil ini akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.

Penderitaan yang dialami adik Adam amat besar. Namun, ketabahan si kecil ini serta mama dan papanya sangat kuat. Kisah adik Adam diketahui rakyat Malaysia. Ramai yang mendoakan kesejahteraan anak ini.

Tanggal 7 Februari 2013 Adik Adam telah dijemput Illahi. Allah lebih menyayangi dia. Dengan penuh redha mama dan papa Adam melepaskan dia pergi. 


"Duhai sayang, nantikan papa dan mama kamu dipintu syurga"

Awan-awan menghitam
Langit runtuhkan bumi
Saat aku tahu kenyataan
menyakitkan...

Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu tersenyum
Usap airmatamu
ku tak ingin ada kesedihan...

Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia diharinya
Berikan dia hidup...

Tuhan terserah padaMu
Aku ikut mahuMu tuhan
Ku catat semua ceritaku
dalam harianku...


Al-fatihah buat Ahmad Adam Shukri
4 Mac 2012-7 Februari 2013




Monday, 6 May 2013

NSmoment | Majlis Perkahwinan Norsyahiella Atan dan Abdul Hadi Abdullah

Pada 3 Mei hari Jumaat, telah berlansungnya hari pernikahan kakak sepupu aku, Kak Ella dan suaminya Abg Hadi. Majlis itu diadakan dirumah mak lang aku di Taman Teratai. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Aku sempat 'menangkap' detik terindah pasangan ini.



 Pada keesokkan harinya, berlansunglah Majlis Walimatulurus kedua mempelai ini. Aku berjaya juga menangkap serba sedikit momen manis ketika majlis berjalan.



Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Semoga kedua mempelai ini berkekalan ke akhir hayat :)













Wednesday, 1 May 2013

Aku bermohon Ya Allah :')

Pada suatu malam yang hening, dikala aku keseorangan dibilik, aku on kan laptopku. Dah macam cerita apa je. Hahaha. Ok so,  apa tujuan entri ni sebenarnya? Mcm ni, ada satu malam ni, as usual, aku on laptop dan online. On facebook and twitter. Dah tgk apa yang patut, aku pun buka youtube.

Ternampak ustaz don punya video. Dekat bawah ni lah video dia.


Aku harap sangat para pembaca blog si gadis hayati video ini. Selepas aku menonton, airmata aku mengalir. Dia membuat aku tertanya-tanya, adakah aku boleh menjadi salah satu aset buat mak dan abah ke syurga. Atau aku hanya akan membawa mereka neraka? 

Mulalah bnyk persoalan dalam minda. Antaranya...

Adakah aku pernah membuat mak menangis?
Adakah aku pernah mengecewakan hati abah?
Adakah aku pernah mengecilkan hati mak dan abah dalam diam?
Adakah aku ini anak yang baik?

Dalam video ini, Ustaz Don ada bertanya 'Adakah anak yang ada hari ini, mereka yang akan beratur dan berbaris untuk memandikan kita? Diakah yang akan mengkafankan kita? Diakah yang akan menjadi imam kepada kita?'

Ya Allah, adakah aku antara yang akan berbaris untuk memandikan jenazah mak dan abahku nanti? Adakah aku antara yang akan mengkafankan mak dan abahku?

Aku ingin menjadi anak yang solehah buat mak dan abahku. dan aku tahu, kita semua ingin menjadi anak yang terbaik buat ibubapa kita. Tp, mcm mana kita nak jadi yang terbaik jika masa sekarang pun masih ada yang belum sepenuhnya berbakti kepada ibubapa. Aku sendiri merasakannya. Aku masih belum cukup menjadi terbaik. 

"Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah dan kedua orang tuanya lah yang menyahudikan, atau mengkristiankan atau memajusikannya"

Ibubapa bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak tentang agama. Dan kita pula sebagai anak, harus mendengar setiap didikan yang diberikan oleh mereka, kerana itulah yang terbaik.  Dan kita pula sebagai anak, hendaklah sentiasa taat kepada mereka. Jgn sesekali melawan mahupun menyakiti. Ingatlah syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Tak jauh mana pun kita pergi kalau tanpa restu ibubapa. Mungkin akan berjaya didunia, namun kejayaan diakhirat itu lagi penting. 

Jadilah antara anak yang soleh dan solehah :') 

"Ya Allah, aku bermohon kepada, jadikanlah kami semua anak yang soleh dan solehah, agar dpt menjadi aset buat ibu dan bapa kami untuk kersyurga. Haramkanlah wajah mereka dineraka Ya Allah. Sentiasalah melindungi mereka Ya Allah. Jgn tinggalkan kami tanpa rahmatMU Ya Allah"


Sexy Pink Heart - Busy