Nurul Saleh Official Blog
Black Bow Tie

Friday, 7 February 2014

I am Limited Edition

Assalamualaikum! :)

Apa khabar semua? Hopefully semua baik-baik saje =D InshaAllah~

Nurul agak baru in blog, so for sure Nurul cuba meneroka keindahan para blogger mencantikkan blog mereka. Nurul ni tak pandai sangat bab-bab nak edit2 blog nie. Edit gambar tu Nurul pandailah =P Hehehe~ Menjadikan blog Irine Nadia sebagai inspirasi, Nurul sedang cuba slow-slow nie. Bak kata orang pelan-pelan kayuh =D Haha

Sekarang ni, mungkin blog orang dah tak ramai pakai kowt. Iyelah, siapa plak yang rajinkan nak update blog. Tapi, Nurul nak juga cuba. Share apa yang patut. Bercerita, mcm diary. Hahaha. But, not fully about my personal life lah kan. Hehe~

Nurul ni adalah seorang student biasa yang belajar di KPTMKL. Tahu? Alah, Kolej-Poly Tech Mara tu. Uppps! Mungkin University-Kolej Poly-Tech Mara. Dah upgrade dah sekarang kolej Nurul ni. Macam entry Nurul sebelum ni. Nurul ad ceritalah sikit tentang siapa Nurul. Tekan 'my first entry' untuk usha skit. Haha. 

Nurul nak imbas kembali apa yang 20 tahun dahulu. Kejadian berlaku dalam 15 April 1993. Lahirnya seorang puteri yang diberi nama Nurul Syuhaidah bt Mohd Saleh. Hehe~Sayalah orangnya!


Kecik-kecik dah pandai pose you alls! Haha. Nurul adalah anak bongsu. So, ayat pertama selepas cakap anak bongsu adalah? MANJA!
Hah, yes i am. Nurul manja, manja dgn mak abah abg-abg kakak-kakak, keluarga dan kawan-kawan. Sifat manja Nurul mmg tak dpt disangkal lagi. Beza umur antara Nurul dengan kakak atas Nurul pun jauh. 8 tahun bezanya. Hehehe. So dah boleh agaklah kan kalau manja tu =p

TAPI! Harus diingat ea? Anak manja ini juga agak baran sikit orangnya. Pemarah yes i am. Tapi, pemarah mcm mana punlah, kalau orang tu pandai cool down kan balik, so i will be cool down back. Nurul marah bukan jenis yang lama-lama tu. One more, jangan ingat, anak manja ni semua yang dia nak akan dapat. NOPE! Specialnya anak bongsu adalah, kalau dia nak manja tu orang susah skit nak marah =p dah kata bongsu kan. Panggil 'adik' plak. Hahaha

Nurul ni pula agak senang berkawan. Nurul tak memilih kawan. Tp, kalau Nurul rasa agak susah nak berkawan dgn orang tu, Nurul akn slow-slow jelah. Takdelah smpai nak stop berkawan terus! Hehe. Nurul sering diberi nasihat 

'Pandailah memilih kawan'
'Kawan itu ramai, tp yang boleh jadi sahabat itu sedikit'
'Kawan mudah dicari, sahabat tu susah'


Antara ayat2 yang Nurul selalu dengarlah kan. Betul! Setiap ayat tu ad maksud dia tersendiri =)

Nurul paling tak suka orang yang bercakap pasal Nurul macam dah kenal Nurul lama. Boleh nak bercerita pasal Nurul. Topik perbualan kan ada macam-macam, mana tahu nak cerita pasal Nurul ke kan. Nurul ok saje =) TAPI! Pastikan, dah kenal Nurul lama, barulah boleh describe pasal Nurul. Janganlah baru sebulan kenal tp cerita pasal Nurul mcm dah bertahun-tahun kenal. Ok? Paling tak suka kalau cerita tu adalah benda yang tak betul~

Cuba tgk title post Nurul 'I am Limited Edition'
means?

I just want to let all of you know that I am not perfect because no one perfect in this world except Muhammad S.A.W Allah create me as who i am. I am no one, but 

I AM THE ONLY NURUL SYUHAIDAH MOHD SALEH.

and

I AM LIMITED EDITION


You may change me to be better, but do know me first. Kenal dulu Nurul mcm mana, then kalau Nurul buat kesilapan, tegurlah =) 


Yang ikhlas,
Nurul Syuhaidah =)


Sunday, 2 February 2014

Ujian dari Allah adalah 'surat cinta' buat hambaNya


Jangan pernah kita mengeluh disetiap dugaan yang telah Dia berikan pada kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Betul, setiap kali dugaan atau ujian yang Dia hantarkan buat kita rasa lemah. Ketahuilah, Dia mengetahui kemampuan lebih dari diri kita sendiri. Dia Maha Pencipta. 

Ujian dari Allah itu adalah sebagai 'surat cinta' dari Dia buat hambaNya yg dirindui. Macam kita, apa yg biasa kita lakukan disaat merindui seseorang? Kita menghantar sms kan? Bertanya khabar, meluahkan rasa rindu. Hadirnya rindu tatkala kita berjauhan.

Disaat Allah merasakan hambaNya mula lupakan Dia, mula jauh dari Dia. Dia mengirimkan 'surat cinta' berbentuk ujian buat kita. Kadangkala kita tak sedar yang kita makin jauh dari Dia. Sayangnya Allah pada kita sehingga Dia memberi petunjuk dalam pelbagai cara.

Ujian yang mendatang ada pelbagai cara. Mungkin disaat kita sedang bahagia dengan kesenangan, namun kita lupa utk bersyukur. Mungkin juga disaat kita sedang menikmati kemudahan fizikal kita, namun kita gunakan kearah yang salah. Mungkin juga sewaktu kita dipuji dengan kecantikan yang Allah berikan, namun kita riak. 

Datangnya ujian dari Allah bukan utk menyusahkan, namun utk buat kita kembali padaNya, buat kita ingat pada Dia. Subhanallah, Allah tidak melupakan hambaNya.

Setelah ujian dihantar, hanya satu yang Dia harapkan. Kembalilah kita menuju jalanNya. Jalan yang telah Dia redhai. Berdoalah! Kerana doa adalah senjata utama kita. Doa juga adalah 'surat balas' kepada 'surat cinta' Allah :')



Friday, 17 January 2014

Bersyukurlah....

Dapat mkn? Alhamdulillah.
Dapat gaji? Alhamdulillah.
Dapat melihat? Alhamdulillah.
Dapat bergerak? Alhamdulillah.

Segala yg dpt kita nikmati, harus disertakan dgn ALHAMDULILLAH. Bersyukur kepada Allah diatas segala nikmat yg telah Dia berikan. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Jika kita tidak menikmati nikmat seperti orang lain, igtlah pasti ada sebab. Allah menciptakan hamba-hambaNya pasti ada kelebihan dan kekurangan.

Nikmat kadangkala juga boleh membuatkan kita leka dan alpa. Membuatkan kita riak. Dan itu juga boleh menyebabkan kita jauh dari Allah. Oleh sebab itu, kita diwajibkan utk bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah. 

Allah boleh memberi kita nikmat, dan jgn lupa Allah juga boleh menarik segala nikmat itu. Sentiasalah beringat, nikmat dunia ini hanyalah sementara. Dan dunia ini juga hanyalah pinjaman dari Allah. Mcm kita pinjam sesuatu dari orang, dah pinjam kenalah jaga. Lepas tu bg balik. Same like what Allah gives to us. We have to take care of it. Use it wisely. How to use it?

Selain dari bersyukur, kita gunakanlah rezeki tu kearah kebaikan. Bersedekah contohnya. Jangan terlalu tamak, nanti akn mengakibatkan kita kedekut. Dah kena panggilan Bakhil nanti. Haha. Lagi satu, jangan terlalu boros. Tak elok. Amalan syaitan tu. 

Kalau dapat melihat tu, lihatlah kearah ciptaan Allah. Lihat kebaikan. Janganlah lihat benda yg salah. Kalau Allah dah larang tu, janganlah tgk jugak. Bersyukurlah. Kena ingat jugak, ad insan lain yang tak mampu melihat. Cuba bayangkan, kalau kita hanya mampu melihat kegelapan tanpa ada sebarang cahaya. Try tutup mata, tak lama pun dalam 10 saat je. Agak2, boleh tahan tak? Tp jgn terus tidur plak. Haha.

'Jom pergi Pavillion? Jom pergi holiday? Jom pergi joging?' Semua kita boleh pergi. Bersyukurlah sbb kita masih ada daya dan keupayaan untuk pergi atau buat sesuatu yg kita suka. Ada juga dikalangan kita tak mampu nak kemana-mana kerana daya kemampuannya terhad. Mungkin kerana kudung kaki atau tangan. Atau ada kecacatan lain. Just imagine for a while. For a minute, you try not to use your leg to go to the toilet. How? Tanpa kaki je pun, you can't do what you want to do by yourself. Kamu harus minta pertolongan. 

Natijahnya! *amboi bukan main ayat, hahaha* Bersyukurlah kita, jgn pernah leka. One more, 

kalau kita sedang bersedih, jangan sebarkan. Sebab masih ada yang lebih sedih dari kita. 
Kalau kita sedang menderita, jangan cepat bagithu orang. Sebab ada yang lebih derita daripada kita.

Ni, tgh sedih update twitter dgn fb. Mana tahu ada yg baca tu sbnarnya lebih merasai kesedihan dan keperitan drpd kita :')

So then, bersyukurlah. Dan ingat juga, kematian adalah pemutus segala nikmat~

Wednesday, 20 November 2013

Siapa dia Ahmad Ammar?

Siapa dia Ahmad Ammar? Pada mulanya aku pun tidak kenal siapa jejaka ini. Hanya selepas sahabat aku menyuruh aku menonton video di YouTube, barulah aku tahu siapa dia. 

Dilahirkan pada 15 Februari 1993, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam diberi nama. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Islam(SERI) Al-Huda, Gombak. Kemudian, beliau bersekolah di Sekolah Agama Menengah Bestari USJ, pada tahun 2009 Ammar memasuki Maktab Tentera Diraja. Ammar juga menerima anugerah kecemerlangan pelajar SPM kedua terbaik Maktab Tentera Diraja. Dan akhirnya, Ammar belajar di Universiti Ankara, Turki. 

*cebisan drpd video Ahmad Ammar di YouTube

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Aktifnya Ammar membuatkan dia dikenali. Tidak ramai anak-anak muda sekarang yang berperwatakan seperti dia. Bertapak ke dunia yg sementara dan mengejar akhirat. Ahmad Ammar dijemput Illahi pada 2 November 2013. Dia dipindahkan dari dunia ke alam yang lain pada awal Muharram baru-baru ini. Ammar dilanggar ambulans ketika ingin melintas jalan.

Secebis kata-kata dari video ini yang membuatkan aku sebak
"Apabila tiba di Malaysia, beritahu orang lain bahawa kamu adalah ibu kepada anak yang syahid"
Subhanallah :') betapa solehnya anak kepada ibu dan bapanya Ahmad Ammar

Disaat wajah bersih Ammar ditayangkan, sungguh berseri wajahnya. Tanpa ada calar. Setelah jenazahnya dikafakan dan dimandikan, masih ada peluh keluar disekitar dahi dan kelopak mata. Ketika jenazah Ammar mahu diusung ke tanah perkuburan, ramai yang berkejaran untuk mengusung jenazah.

Belum memasuki alam barzakh, didunia sahaja Allah telah memberi balasan kepada dia. Subhanallah!

 Allah Ta'ala berfirman,
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُولَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ (6) إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ (7) جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ (8)
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah syurga 'adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya."(QS. Al Bayyinah: 6-8).

Syurga menantimu, dan semoga dia bersama dengan para sahabat dan para syuhada :')

Akan aku berusaha untuk menjadi seorang hamba dan anak yang beriman. 
"Ya Allah pimpinlah hamba-hambaMu ini menuju jalanMu. Lindungilah kami daripada anasir yang boleh membuat kami terkeluar dari landasanMu. Ya Allah, sesungguhnya kpdMu tmpat kami meminta, dan kepadaMu tmpat kami bermohon. Tinggikanlah darjat Ahmad Ammar serta kami di hari kebangkitan"
Amin ya Rabbal Al-Amin~
*Maaf jika ada kesalahan dan kekurangan pada entry ini 








Wednesday, 6 November 2013

Permata yang dicari

Permata yang dicari? My new post. Tajuk lagu kegemaran aku. Lagu dari dehearty. Setiap bait lirik dia amat syahdu dan bermakna. Antara yg aku pham, seorang lelaki yang mendambakan seorang gadis yg sangat istimewa. Keistimewaan yang diidamkan setiap lelaki daripada gadis yang mereka harapkan. Lirik yg paling aku suka part si lelaki bermohon kpd Allah. 'Seorang lelaki yang baik, hanya untuk perempuan yang baik' 

Permata yang dicari ada didlm diri setiap gadis. Tinggal kita utk menjaganya dengan baik. Permata yang amat bernilai adalah permata yang amat sukar dicari. Tp, disaat permata itu ditemui, pasti amat sukar utk dilepaskan dan setiap yang menjumpai permata itu, pasti ingin menjadi pemiliknya. Keimanan, personaliti dan yang penting maruah seorang gadis adalah permata yang tidak ternilai harganya. 

Lelaki bukanlah mencari permata yang cantik dipandang mata sahaja, tetapi mereka inginkan permata yang kekal cantik didalam. Jika permata yang dicari itu, indah diluar dalam dan luar itu adalah bonus. 

Mari kita amati bait-bait lirik lagu Permata yang dicari :-


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tapi, kita kena ingat, sebelum ingin menjadi permata yang dicari oleh lelaki. Kita harus menjadi permata yang taat kpd Allah dan Rasul. Permata yang solehah buat keluarga. Jadikan itu sebagai keutamaan. 

"Jadilah permata utk Allah, Rasul dan keluarga. Barulah, menjadi permata idaman lelaki"

Monday, 28 October 2013

The Crew of KPTMKL

Assalamualaikum! Dah lama tak update blog nie. Berhabuk dah. Kena pkai vacuum dah nie -.-"

Hah, so setelah puas memikirkan idea utk update pasal apa. Rasa mcm nak perkenalkan plak my new family dkat kolej! Weee~My CREW FAMILY!

Citer dia mcm ni, bermulalah sebuah kisah dia sebuah kolej. Ada satu kelab under MPP ditubuhkan yg diberi nama THE CREW. Group ni akn menolong pihak MPP dlm menjalankan event2 dikolej dibawah anjuran MPP sendri. MPP adalah Majlis Perwakilan Pelajar. 

Jadinya, kawan aku mengajak utk jd one of the crew. Mula2 mcm taknak, tp tiba2 mcm nak. Kenapa tiba2 nak tu, adalah kisah disebaliknya. Krik krik~Haha. Ok, jadi aku pun hnatarlah borang 'last minute' sbb tiba2 dpt tahu hari last day dia adalah pada hari itu. Hari apa? Jgn tanya! Sbb ingatanku belum cukup kuat.

Lpas submit borang, kena interview plak. Jgn main2 taw! Pkai interview lagi. Aku dgn penuh selekeh masuk interview yg pada mulanya aku tak dpt masuk, tp dlm jangka masa 5 minit je aku gagahkan jugak.

Actually, aku ni agak gerun skit dgn abg2 MPP ni. Sejak nmpk muka dorang time election, hati dah seriau. Muka dorang ni ad aura garang bak hang. Hahaha. Antaranya, abg rejab, abg nizam dgn aizat. On that time, kenal mcm tu jelah. Tak rapat mana pun. Tp bila dah mmber ad jadi MPP iaitu Ila, jadinya bolehlah ckp2 skit dgn dorang nie. Dulu ealah skit, skrang ni bnyk jgaklah ckp. Tp, perasaan gerun tu masih ada :D Haha

Dipendekkan cerita. Aku lpas interview. Rezeki agaknya :D Hehehe. Our first meeting begin with perlantikan presiden dan ajk2 yg lain. Dan aku? Mestilah takde jawatan. Hahaha! Cerita nak gempak je. Hanya menjadi one of the crew dah cukup awesome aku rasa! First event dimulakan dgn Bismillah. Eh, itu dah pasti, first event adalah Majlis Berbuka Puasa Perdana KPTMKL. Aku dilantik menjadi ketua biro jemputan. Alah, main jemput2 org tu. Hehehe~

Bawah aku ada adik2 manis bersama kawan seperjuangan aku Syaza Aziz! Adik2 manis yg aku tak kenal pun dorang nie siapa, tp doranglah tmpat aku bermanja sebelum dan selepas event. Bermulanya event itu yg diadakan selama dua hari. Telah bnyk mengajar aku erti penat yg amat bahagia! :D Maksudnya, even penat mcm mana pun, aku tetap gembire sbb mereka pndai membuat aku tersenyum :) Time event berlansung, nama aku bila ad org pggl aku kena pndg dua kali, sbb kdg2 yg pggl nama aku tu, aku tak tahu nama. Maaf ea? Tp itu dulu! Time tak kenal lagi. Skrang dah kenal, asal jumpa je jgn citerlah cara dia mcm mana. Mcm dah kenal setahun :D Huhuhu~

Kemudian, berlakulah event2 yg besar yg dianjurkan oleh MPP. Seperti Merdeka Raya, Karnival Citrawarna dan Gran Annual Dinner. Pahit manis sepanjang masa samada before the event or after the event, really make me more fall in love with the Crew. My Crew is AMAZING! Thanx to MPP because make me as one of the crew. Walaupun, aku tak bnyk sgt involved in crew because have some problems, but they still make me as one team!

And last! Good job and well done guys for such a great moment in all the event! Even GAD is the last event for us, InshaAllah this relationship will never end :')





Wednesday, 16 October 2013

NSmoment | Majlis Pertunangan Siti Musliha dan Mohd Asyraf

Pada 31 Ogos 2013, ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan, sepasang pasangan telah meraikan hari bahagia mereka dengan mengikat tali pertunangan.

Disini ada secebis kenangan sekitar majlis berlansung :)

Cincin disarung tanda hati dah dimililki. Menyalam bakal mertua
tanda hormat dan mohon restu :)

Senyuman diukir tanda bahagia mula mendatang :)

Siti Musliha(Seha) selamat menjadi tunang dan bakal teman hidup Mohd Asyraf(Rsher)

Bakal mertua bersama bakal menantu :)

Ikatan yg terjalin dan penyatuan dua hati 

Sexy Pink Heart - Busy