Nurul Saleh Official Blog
Black Bow Tie

Tuesday, 22 April 2014

My first experience

Assalamualaikum :) you guys must be thinking of what experience i wanna share, right? Hehe ^_^ *speaking pulak Haha

Pengalaman ni terjadi pada 15 Januari 2014. Awal tahun lpas. Actually, dah jadi mcm sejarah plak. Dan i will make sure sejarah ni takkan berulang. InshaAllah :')

Cerita dia mcm ni, Nurul kena masuk MRI untuk buat pemeriksaan. Tahu kan MRI? Meh, Nurul cerita sikit MRI ni ap.

MRI - Magnetic Resonance Imaging. Gambaran keratan rentas badan yang diambil dengan menggunakan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan tersebut. Berbeza dengan "CT scan", MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi disebabkan tiada penggunaan X-ray dalam proses tersebut.

Itulah dia MRI. Hehe. Yg mcm masuk dlm gua tu. Haha. ni gmbar dia.

Mulanya cerita, Nurul kena masuk 'gua' ni pada pukul 2. Sebelum tu, doktor pesan puasa dua jam awal. Maksudnya, pkul 12 mcm tulah. Then dia ad bg 16 biji pil utk mkn 8 biji waktu malam sehari sebelum dgn 8 biji lagi utk mkn pkul 12 tghri tulah. Dah pkul 12 tu, Nurul pun mulalah puasa mcm tu, Hati dah nervous bukan main dah ni. Berdebar satu mcm. Start dari malam tu dah nervous dah. *acah nervous mcm nak jumpa bakal suami :p konon* 

Dah smpai hospital, kaki nak bergerak jalan tu rasa mcm mengigil je. First time kan? Sebelum tu dah buat research dah. Dalam tu nanti tak boleh pkai barang besi. Nurul dah suruh abah buka dah rantai+gelang time dkat bilik menunggu tu. Dalam tu Abg Feroz kata sejuk, Nurul ni dahlah mmg fear of cold :D Haha. Smpai dkat situ dlm pkul 12 lebih tak silap. ke 1, lebih kuranglah. Hehe.

Tunggu

Tunggu

Tunggu

Time menunggu tu, Nurul berwhatsapplah dgn family. Kawan-kawan. Nak kurangkan rasa takut. Siap request lagi, nak subwaylah, secret recipi lah. Mcm2 lagi. Smpai Kak Nana kata, 'tahulah lapar' Haha.......

dan

Tunggu

Smpai pkul 4.30 bru dia panggil masuk. Just imagine, Nurul sepatunya kena puasa dua jam sebelum je. Ni dah brape jam. Nurul punya lemah, hanya Allah jelah yang tahu. Dahlah tak mkn. plus dgn nervous lagi. Tak cmpur lagi dgn sakit. Heeee~

Sebelum nak masuk tu, doktor kata kena masukkan ubat dlu. Bg senang nak scan dia kata. Dgn penuh kerelaan, Nurul hulurkanlah tangan. Dia pun checklah dkat mana yg nak masukkan ubat tu. Dia cucuk jarum taw, Tahu jarum?? Tahu? Yg tajam dkat depan tu T.T

First dia cucuk, then dia keluarkan, 

Second dia cucuk lagi, then salah 

Kali ketiga dia cucuk, salah :/ eh eh bergurau plak doktor ni 
*doktor ni ingat tangan Nurul span agaknya*

Time tu Nurul rasa nak muntah, pening, mual. Masuk toilet rasa nak muntah, tp nak keluar apa je, mkn pun tak. Air pun tak keluar. Doktor tu tanya, still nak continue ke tak, sbb muka Nurul dah pucat lesi. Ha Ha bergurau lagi doktor ni, dah puasa td, then nak tanya boleh buat ke tak. Nurul angguk jelah. Dia bg rest dlm 5 minit, then doktor lain dtg. Cucuk lagi skali. Belah kanan plak, td kiri T.T alhamdulillah. Nasib baik yg ni betul. 

Nurul dah tak larat nak jalan dah. Dia sorong guna kerusi roda. Suruh baring dlu atas katil hospital dalm 10 minit. Then bru dia bawak masuk. Seriously, rasa sejuk bukan main. Tp, oklah. Nurul dpt tahan. Dlm tu, bising mcm org bertukang je. 

Tung tang

Tang tung

Ping ping

Trengggggg

Cenggitulah bunyi dia. 

Then MRI ni dia pun bergurau jugak, kjap dia sreetttt bawak masuk kedalam. Then, dia sreeettt bawak keluar. Heheh. Sreeet tu maksudnya dia nak scanlah >.< Haha!

Tak pastilah brape lama. Then ad sorang kakak masuk. Dengan penuh lega Nurul tersenyumlah jgak. Ingatkan dah hbislah. Rupanya, 'dik, tidur ea? Akak nak tmbah ubat lagi skit'

Grrrrr

Itu jelah yg mampu Nurul keluarkan bunyi. Sambung lagi bunyi yg amat melunakkan tu. Kalau dia bg dgr music takpe jugak. Ni bg bunyi music...

tic

tic

tic

tic

Dah mcm tic tac toe je. Nurul nak tidur tak boleh dalam tu. Sejuk satu hal. bising lagi. Berselawat dan berzikir jelah :) Tenang juga rasa~

Srreeetttttt. Finish. Alhamdulillah.

Time keluar tu nak dijadikan cerita, tahap lemah Nurul dah maksimum sangat. Nurul td dtg dgn abah naik motor. Tak dpt bayangkan balik mcm mana. Rupanya Abah dah call Abg Feroz suruh amik naik kereta. Huhuhu. Terima kasih Abah and Abg Feroz :*

Dekat rumah, nak telan mknn pun susah. Abg Nurul siap dukung lagi. Just imagine you not eat anything from 12 until 6.30? then plus with pain that you suffer?

Mak kata, muka Nurul time tu kuning. Mcm bawak mayat hidup je :')

Ya Allah, telah Kau uji aku mengikut kemampuanku. Kau lebih mengetahui tahap kekuatanku. 

Dalam pkul 8 lebih mcm tu. Nurul on phone yg Nurul off start pkul 1 lebih mcm tu. Nurul whatsapp pun guna phone abah. Haha. Once Nurul on je, whatsapp masu, msg masuk, missed called jgn cakaplah. 

Ya Allah, rasa mcm disayangi sengat dengan 'caring' my family and friends. Allah does not give me the strength in myself, but He gives me by sent my wonderful family and awesome friends as a gift :') Thank to Allah!

So, that's all my entry for today :)

Just keep remember that Allah knows what He plans for us :')

-Alhamdulillah-


Monday, 14 April 2014

15 April 1993 - The day where Nurul Saleh born

15 April? Ada apa? Weeehuuu~
Hari yang tak berharga buat sesiapa pun, tp paling berharga buat Nurul :'D Sbb ap?
On that date, was the date when i was born.

Seorang bayi perempuan yg diberi nama Nurul Syuhaidah bt Mohd Saleh. Yang terakhir atau yang paling kecik. Puteri bongsu. Adinda yang paling comel. *Eh itu perasan sendri

Hahaha. 21 tahun yg lpas, Nurul dilahirkan di HBKL. Kini, dah besar pnjg dah. Bru perasan dah 21 tahun Nurul berada didunia ini. Hehe. Alhamdulillah, terima kasih Allah~

Imbau kembali antara kenangan birthday party yg Nurul ingat, time tu Nurul darjah 6. Ni waktu malam ok? Nurul balik tuisyen. Standardlah hbis tuisyen pkul 10 malam. Balik je, turun motor. Rumah gelap. Tanya abah 'Semua dah tidur ke?' Abah senyum je. Then bila buka pintu rumah lagi gelap. Nmpk lampu dapur je terbuka. Nak masuk mcm seram, tp masuklah. Rasa mcm nmpak bayang org dkat sblah pintu tu. Tup Tup, lampu buka nampak Kak Lin pegang belon. 'Happy birthday!' *lebih kurang mcm tulah ayat dia hahaha.
Happynya Nurul bukan main. Kalau senyum tu boleh smpai ke telinga, dah smpai dah lebar dia. Hahaha. 

Lagi satu time Nurul form  2. Dkat skola lah for sure. Dorang suruh dtg awal, Nurul takde nak expect ap2 pun. Tibe2, ad kawan Nurul tutup mata Nurul then slow2 bawak Nurul jalan. Bila buka mata, ad kek depan tu :'D Heheh. Thank you so much kesayangan di CPR :')

Zaman kolej pula? Yeah! On my 20 birthday :') Ni di kira sebagai padan muka sendiri diatas kenakan orang time birthday. Haha :'D kalau nak thu apa, tgk update Nurul 


The latest. Kronologi dia bukan main hebat mereka2 ini T.T seriously. Nurul tak expect lansung. Pintar betul. Hahaha. Terjadinya sehari sebelum juga ^_^ 14 April 2014. 

Bermula plan nak pergi Aeon Maluri je pada 11 April. Lpas hbis paper Yuyu. Then, Nurul ajak prgi lpas zohor. Sbb senang skit. Just imagine, lagi 2 jam mcm tu nak prgi, tiba2 mek Nadia kata dia tak dpt follow sbb sakit kepala. Oklah, then Yu dgn Zaty pun tak prgi. Zaty punya tiket lpas zohor :/ Agak geram disitu. Hati ni rasa agak patah sbbnya, tak dpt jumpa last dgn dorang :(

Hari Ahad, 13 April malam tu, Nurul dah siap sent msg ni kata take care on their journey nak prgi PD. Nurul tak dpt follow sbb adalah sbbnya :p Haha. Ada hari sbelum tu, Nurul dpt tangkap dorang ad buat group whatsapp. Tp, Nurul expect tu untuk yg prgi PD SAJE! Lagilah anak dara bernama Nurul ni agak terasa. Nadialah yg bersungguh kata bukan. Still clueless lagi time -.-"
Petang tu Nadia kata prgi pkul 10, malam tu Yu kata pergi pkul 8 pagi plak. Confius dah. Tp, it's oklah. Malam tu, nadia msg suruh tanya mak, kononnya mak dia nak dtg rumah esok. So, dgn bersungguhlah tanya mak. Mak kata ok.

Pagi Isnin 14 April. Bangun tidur mak kata, mak Nadia dtg pagi dlm pkul 9. Nurul pun oklah. Nurul nmpk karipap bnyk dgn cawan2, mak kata mana tahu kalau mak Nadia bawak cucu dia. Hahah ^_^ mak komplot bukan main. Hehe~Dah pkul 9 tp tak smpai lagi. Nurul pun jaga Ariq tidur, smbil nak update blog. Tibe2, dgr bunyi pintu pagar. Nurul nak terus ke dapur sbb kata kawan mak kan, tp prasan dkat tingkap muka familiar sangat. Prgi dkat pintu, nmpak Ira tgh jalan, then nmpak Ain dkat pagar dgn muka terkejut, Nurul pun sangatlah terkedu dkat situ, dorang terus nyanyikan lagu 'Happy birthday' :'D

Perasaan dlm hati hanya Allah jelah yg tahu mcm mana rasanya. Dahlah unexpected. Kenangan terindah plak tu. Yang paling best

'Mengenakan Syu kali kedua berjaya'
KALI KEDUA taw! Haih sahabat :')

Ya Allah, telah kau berikan mereka sebagai peneman, aku bersyukur. Aku mohon, eratkanlah hubungan kami Ya Allah. Jangan pisahkan hati kami :)






Sunday, 13 April 2014

Finish my Diploma exam!

Check check! Hehehe. Assalamualaikum semua ^_^ Dah lama gila tak update blog ni. Maklumlah busy dengan final. 

Weeeee~At last, alhamdulillah. I'm done with my 6 papers for my final sem! InshaAllah, i will finish my Diploma in Accountancy under UiTM :D Amin~

Rasa mcm nak #throwback setiap paper yang diambil je. Hehe

Start first paper on 24 Mac. Paper ENT. ENT stands for Entrepreneurship. Theory punya paper. Takdelah susah, tp takdelah senang. Bak kata Miss Nisha 'Paper ni sangat senang lulus, tp susah nak dpt A' See? Why why? Sbb even dia theory tak semua jawapan dalam tu kita boleh fikir logik. Ada yg fakta. So, kalau dah fakta, for sure kita kena hafal. Tp, bg Nurul pula. ENT will be ok kalau kita tahu keywords dia, then pndai 'goreng' time elaboration tu. Hah, InshaAllah :)

Second paper pd 26 Mac. Hah paper LAW. Supposely, LAW takde for sem 6. Tp, disebabkan paper ni kantoi time sem 5, so Nurul brough forwardlah paper ke sem ni. Yakni sem 6. Nak kata susah tak jugak, cuma tulah. Dengan Section dia, Case dia, Act dia lagi huhuhu. Kalau nama kes dia stakat Dolah vs Abu je takpe, nama dia Salomon lah, Merchantile lah *skrang masih ingatlah, cuba tanya lagi dua hari. Lupa dah* Nurul harap sangat paper ni antara paper yg Nurul yg boleh score. InshaAllah, Amin~

Hah paper ketiga ni yg sesak skit. Sbb ap? Sbb this paper was tomorrow after my LAW paper, which is on 27 Mac. Phewww~Tp, nasib baik paper LAW tu time pagi, so ptg tu bolehlah smbung study AUD. Yeah, my third paper is AUD. Theory juga for sure. Nurul sblum ni time buat past year ke, atau time dlm kelas, boleh catch up lagi. Tp, ntah kenapa dlm final ni dia mcm agak susah skit. Hmm~hanya mampu berdoa jelah. InshaAllah, Amin~

Start dah killer paper ni. MAF! MAF! Aiyoo, Nurul pun tak tahu kenapa utk sem ni, susah betul nak catch up dgn subject MAF :( betul2 study hard punya. Dah hilang dah study smart. Then, utk paper ni juga. Keluar dari dewan exam, Nurul menangis. Why baby why? Sbb ada soalan yg sbnarnya mudah, tp Nurul stuck :/ once again, hanya mampu berdoa. InshaAllah, Amin~

Paper seterusnya pada tanggal 7 April. Paper FAR. Paper yang merangkumi subject FAR yg kitorang study dari sem 1 hingga sem 5. Plus dgn subject costing, finance, tax and audit. Hebat bukan? Wink Wink. Nasib baik masa diberi adalah 6 hari untuk cover balik semua.Mana tak kibut, time tulah nak cari semua past year sem 1. Nota-nota yg dah berkarat. Semualah. Tebal betul kalau disatukan. Kalau jual dkat 'paper lama' mahu mahal tu *gamaknyalah* ni lah jawab, alhamdulillah rasanya :') doa yg mampu diberi. InshaAllah, Amin~

Last payper, last payper!!! On 10 April! Dimana tarikh keramat kami sem 6 habiskan paper untuk diploma. InshaAllah, itu juga adalah paper terakhir! yeah! Lupa plak nak bgthu paper ap, hehe >_< *excited sangat* paper TAX! Paper yg diajar oleh seorang lecturer yg sangat comel, baik, periang, pndai mengajar. Semualah! Itulah nama diberi Miss Syatila :D TAX=Cukai well, nak kira cukai kan? Mestila best. Subject yg inshaAllah boleh score. Amin~

Semua usaha telah dilakukan, kini Nurul dan kawan-kawan hanya mampu berdoa dan bertawakal :')

Ya Allah, Kamu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. Kau berikan kami pemeriksa yang berjiwa lembut dan tenang disaat menanda kertas-kertas kami. Semoga kami mendapat keputusan sepertimana yang kami harapkan. Amin ya Rabbal Al-Amin~

Saturday, 8 March 2014

Dimana kamu MH370?

Satu berita yang besar telah berlaku buat rakyat Malaysia dengan pengumuman berita kehilangan pesawat MH370 pada pukul 2.40 pagi sabtu 8 Mac 2014. Kehilangan radar oleh pesawat telah menimbulkan pelbagai spekulasi. 

Terkedu Nurul bila melihat video kehilangan MH370 yang secara tiba-tiba terpadam dari monitor radar MAS. Kita mungkin mampu berkata-kata. Namun, cuba bayangkan keadaan keluarga mangsa selain mangsa yang berada dalam pesawat itu sendiri. 


Bagaimana agaknya keadaan Kapten dan Pembantu Kapten disaat mereka harus menjaga beratus nyawa didalam satu pesawat? Keadaan crew yang mengawal keadaan emosi penumpang? Perasaan penumpang yang dua daripadanya bayi?

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat mereka. Tabahkan hati mereka. Lindungilah mereka.

Di seluruh dunia membuat liputan tentang pencarian MH370. Tiada lansung isyarat kecemasan, mahupun tanda-tanda pesawat tersebut. 

Keadaan di twitter dan juga facebook sangat mendebarkan. Mengharapkan pihak MAS memberi satu statement yang boleh membuat kita semua lega. Cuma, Nurul agak terkilan dengan sikap warga media sosial yang mungkin tiada perasaan. Selain itu, mengeluarkan statement yang belum lagi disahkan serta mengaitkan sesuatu dengan perkara yang tiada kaitan. Andaikan kamu adalah keluarga mangsa, adakah senang untuk menerima setiap ayat-ayat yang menyedihkan hati?

Marah? Marah dengan pihak yang tidak mengeluarkan apa pengesahan? 
Cuba pahami, mcm mana mereka ingin mengesahkan sesuatu perkara jika belum temui dengan bukti? Bukan mudah untuk membuat pengesahan disebabkan banyak nyawa yang terlibat. Bukan stakat 239 nyawa, bahkan keluarga yang mengharapkan kembalinya mereka kepangkuan masing-masing dengan selamat.

Ramai pihak yang sedang berusaha untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370. Dan kita yang mengharapkan keajaiban marilah berdoa dan membuat solat hajat agar semuanya selamat :')

Ya Allah, jika mereka berada dilangit, Kau turunkanlah. Jika didarat, Kau munculkanlah. Jika dilaut, Kau timbulkanlah

Pulanglah MH370 



Friday, 7 March 2014

Kenali Nurul Syuhaidah

Assalamualaikum :) 
Lama gila tak update blog ni kan? Hehe. Maaflah busy. *acah mcm ad peminat baca je
Bila nak dkat final ni kan, mcm-mcmlah yang dtg bertimbun. Assignmentnya, presentationnya, test, quiz. Arghhh! Nak kata stress tak juga, pressure tak juga, tp adalah sikit. Haha :D

So then, Nurul ni sbnarnya tgh release tension kjap, tu yang rasa mcm nak create new entry. Hehe. Actually from my title, 'Kenali Nurul Syuhaidah'

Siapa? Artis? Nope!
Seriously, bukan siapa-siapa. Haha. Ikut suka hati je post title mcm tu :p

Let me tell you serba sedikit tentang NURUL SYUHAIDAH.

Nurul adalah puteri bongsu Hj Saleh dan Hjh Aishah. Adik yang paling kecil buat Shah, Fairuz, Lena dan Rena. Asyu kpd 9 orang permata yang kecil. Nak list name mereka? Haha

Qaseh Nur Khaliesah
Umar Khalish
Muhammad Firas Amsyar
Ariq Fateh
Kasih Alanna Zara
Muhammad Noufal Izz Zharif
Siti Aisyah
Siti Zulaikha
Nurul Izzah

See? They are my heartbeats! Merekalah penawar duka dan pengubat rindu. Tmpat bergaduh sometimes :p Haha

Nurul ni jenis peramah. Orang katalah :) Nurul suka berkawan. Namun kadang2, mungkin ada juga yang terkeliru dgn keramahan Nurul. Itu normal. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. 
Nurul ni nak cakap cepat marah tak juga. Baran pun tak jgak. Tp, kalau benda tu nurul rasa mcm tak puah hati, or ada yang tak kena, yes i admit. Nurul jenis muka berubah. Kawan2 pun boleh perasan benda tu. Hehe, sorry guys :')

Nurul juga hmm bukanlah seperti yang lain sangat.  Dulu Nurul antara yang aktif di sekolah, sejak masuk zaman kolej Nurul terpaksa had kan aktif Nurul tu. Disebabkan Nurul ada masalah kaki, ia tidak membenarkan Nurul untuk menjalankan aktiviti yang lasak. Tapi, sakit ni yang diberi Allah ini adalah ujian daripada DIA. 

"Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan"

'Ya Allah, ku pohon kekuatan dariMU'

Bila Nurul fikir balik, 'come on Syu, you not that bad. Still ada yang lebih teruk, tapi mereka masih boleh tabah dan kuat. Why aku tak boleh?' Yeah! Kekuatan yang Allah berikan adalah keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa berada dengan Nurul Merekalah pembakar semangat :')

My nickname? Yeah, NURUL is for my family and ada juga kawan2 yang panggil Nurul, tp ak ramai. Mostly, kawan-kawan semua akan panggil SYU :)

p/s: I will called myself 'adik' for my family :p Haha

manja? Hmm. A bit. Agaknya >< Haha

Photography? My passion! Yeah! Nurul pun tak tahu kenapa boleh minat dalam photography ni sehingga boleh terdetik create satu fanpage di fb 'NSmoment Photography' Tgk2lah ea nanti :D

Nurul adalah student di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur. Pelajar diploma jurusan accounting kerjasam UiTM. Semoga impian untuk menjadi accountant tercapai :') Amin~

Accountant is my destination, photography is my passion

So, this is me. The real me :)


Akulah NURUL SYUHAIDAH

Friday, 21 February 2014

Masih ada yang lebih daripada kita

Assalamualaikum :) rasa rindu pula nak menaip. Huhuhu. Maklumlah, oleh kerana masalah melanda jiwa, ada aje halangan untuk update. Hehehe~Apa khabar semua? Sehat? :D Alhamdulillah. Semoga semuanya sehat-sehat belaka. Jgn lupa bersyukur dgn kesihatan yang Allah beri kpd kita. Bukan semua orang dpt kesihatan yg sempurna mcm kita :')

Hari tu, Nurul ada pergi satu tmpat. Satu tmpat rawatan lah di Beranang. Nurul pergi atas sebab masalah kesihatan Nurul. Waktu Nurul sakit, Nurul pernah terfikir.

Kenapalah aku sakit?
Kenapa orang lain tak rasa mcm aku rasa?

Hmm, Ya Allah. Nurul rasa agak down waktu tu. Tp, Nurul lupa. Orang disekeliling Nurul juga turut risau dgn keadaan Nurul :') keluarga dan kawan-kawanlah orang yang paling bersama dgn Nurul ketika Nurul sakit. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menghadirkan mereka dalam hidup Nurul~

Nurul pergi sana bila kawan mak ada bercerita ttg kepakaran sorang Prof disana. Time smpai dkat situ, Nurul nampak ramai orang. Sorang-sorang Nurul tgk dan perhatikan. Ada yang strok, ada yang kanser, ada yang sakit kronik. Macam-macamlah~ Hmm. Baru Nurul sedar,

Bukan aku yang teruk, tp ada lagi. Kenapa mereka boleh tabah, tp aku tak boleh?

Sebenarnya, setiap apa yang kita rasa dalam dunia ni. Masih ada yang lebih dari kita. Allah memberi kita sakit sbb nak kita ingat pada Dia. Mungkin waktu kita sehat dulu, kita lupa pada Dia. Atau Allah ingin mengangkat darjat seseorang itu disisinya. Wallahualam~

So! Haha. Jgnlah kita ingat mcm kita ni je, yg sakit teruk. Mcm kita je yang paling sedih. Mcm kita je yang paling menderita. Cuba muhasabah diri atas setiap yg menimpa :)

Sunday, 16 February 2014

Sejuk menjadi 'musuh'

Pukul 6.10, alarm bunyi. Standardlahkan, nak bangun subuh. Nurul buka mata, then duduk. Selang 3 minit terlelap sambil duduk, barulah nak bangun berdiri. Sekali, BUM! Jatuh! Dengan muka yg sangat terkejut Nurul pun bangunlah duduk atas katil. Nurul tak boleh rasa kaki, tibe2 je. Lpas 5 minit mcm tu, brulah kaki kebas then ok. That's the first time!

Assalamualaikum semua, hehe~ Td tu throwback sebelum nie. Permulaan cerita. Hahaha. Actually benda ni terjadi last year. Suddenly bangun dari tidur jadi mcm tu. Tp, Nurul takde cerita dgn mak. Sbb benda tu the first and the last jadi. 

Bulan 5 tahun lpas, Nurul ikut rombongan family pergi Kedah then berholiday ke Penang! Yeah! Awesome gila dlm bas. Bersuka ria, smbil berkaraoke you know. Actually, actually Nurul ad post video family Nurul dkat youtube tu :) Trip of Keluarga Jumeah
Tiba2, akibat dah lama sangat dalam bas tu, Nurul rasa bahagian kaki ni macam sejuk yg amat. Sakit+bisa bukan main. Nurul mengadu dkat mak, mak sapu minyak panas, mak kata kaki Nurul mcm ais. Mak, kakak dgn abg pun, pkaikan stokin, baju sejuk, selimut semualah. Bila dah smpai tmpat penginapan, mak tanya boleh jalan ke tak. Nurul cuba jalan, tp hanya Allah je yg tahu, sakit kaki waktu pijak tu. Terus ckp dgn abg yg Nurul stuck, tak boleh jalan. Abg dukung Nurul time tu *rasa mcm bru umur 6tahun je ;p

Mak cik Nurul ad yg bawak wheelchair untuk kemudahan dia. Tp, Nurul plak yg pkai. Heeee. Hmm, sakit punya pasal, tak kisahlah. Bila smpai rumah penginapan tu, mak tutup aircond. Mungkin sbb Nurul terlalu lama dlm aircond, that's why boleh jadi sejuk mcm tu. Lama jugaklah, dlm sejam mcm tu bru ok. Esoknya plak, Nurul hanya mampu pndg anak2 buah mandi kolam. Pndg jelah mampu. Nak pasang aircond dlm bas pun, dorang kena low kan.

Start pada hari itulah, Nurul mula tak boleh kena sejuk sgt. Kalau dlm kelas tu, kena keluar kelas sbb sejuk. Pernh juga call abah untuk amik Nurul sbb sakit kaki tu dtg. Nurul mandi guna air panas, aircond dah tak pasang. Dan since that day, SEJUK mula menjadi MUSUH :(

Tapi, Nurul bersyukur, even Nurul tak boleh kena sejuk, dlm dunia ni ad bnyk altenatif untuk rawat penyakit. Just kita kena cuba satu-persatu. Dan yg penting bersabar. Sbb sabar itu adalah kunci segalanya. Lagi satu. kena ingat, Allah sentiasa memberi kita ujian untuk kita ingat padaNya. Pasti ada sbb kenapa Allah berikan ujian sebegini :)

Kakak Nurul ada bagi satu 'ubat' ULTIMATE PAIN KILLER!

Cubalah, inshaAllah. Satu syarat adalah
YAKIN!

Yakin yg Allah akn menolong kita, dan membantu kita :)

Firman Allah :

“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (Asy-Syu’araa’ 26:80)

Hadis Nabi :

“Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan  untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia?     ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”


Sexy Pink Heart - Busy