Nurul Saleh Official Blog
Black Bow Tie

Wednesday, 25 March 2015

Terima Kasih Allah :)

Terjadinya sesuatu kepada diri kita, pasti ada sebabnya. Tidak kiralah perkara itu sedih mahupun perkara yang menggembirakan. Allah telah menciptakan hambaNya, pasti Dia lebih mengenali siapa yang Dia ciptakan.

Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi tahap kemampuan seseorang itu. Diuji bukan disebabkan Allah tak sayang, namun kerana Dia sayang. SayangNya Allah pada kita, tidak ternilai harganya. Dia menyayangi kita melebihi kedua ibubapa kita. Kerana apa? Kerana Allah itu Maha Penyayang.

Diberi satu ujian yang bagi Nurul, membuatkan rasa seperti Nurul tak mampu. Sedih, kecewa, murung, marah semua ada! Tertanya pada diri sendiri, kenapa aku? Kenapa? Muhasabah diri balik….

Disaat kau gembira, adakah kau mengingati Allah sepertimana sewaktu kau sedih?

Disaat kau bahagia, adakah kau mengingati Allah sepertimana sewaktu kau kecewa?

Disaat kau tenang, adakah kau mengingati Allah sepertimana sewaktu kau marah?

Tidakkan? Itulah aku. Teringat pada Allah hanya dikala susah. Allah hanya mahukan aku untuk sentiasa mengingati Dia tidak kira dalam apa jua keadaan. Jangan pernah merasakan bahawa hanya kau seorang sahaja yang mengalami penderitaan. Allahuakbar! Astagfirullahalazim….

Teruknya Nurul…hanya memikirkan penderitaan yang Allah bagi tanpa memikirkan kesenangan yang telah dia kurniakan sepanjang Nurul hidup dimuka bumi ini. Muka bumi siapa? Muka bumi Allah! Ingatlah dunia ini hanya pinjaman.


Alhamdulillah, Allah menitipkan ‘surat rindu’ Dia pada Nurul bersama insan-insan yang amat istimewa buat Nurul. Keluarga yang tidak pernah meninggalkan Nurul dikala suka dan duka. Sahabat-sahabat yang cukup menjaga Nurul tidak kira dalam keadaan macam mana sekalipun. Dengan adanya mereka, tidak sekalipun Nurul rasa keseorangan mahupun rasa tidak bersemangat. Kerana apa? Kerana mereka adalah semangat Nurul. Hilang mereka, hilanglah semangat Nurul. Terima kasih Allah…

Sunday, 14 December 2014

Aku pelajar KUIS

Assalamualaikum :) Alhamdulillah Nurul telah menjadi seorang pelajar semula. Kini, Nurul adalah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakuanan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Kehidupan disini bnyk mengajar Nurul erti kesabaran. Menghadapi pelbagai kesukaran dari masuk sehinggalah hari ini. Hampir sebulan Nurul menjejakkan didunia baru, adalah sesuatu yang sangat berbeza dari dunia Nurul di KPTM. Ketenangan dan kedamaian serta kehidupan persahabatan yang boleh diibaratkan sebagai sebuah keluarga amat menambat hati Nurul.

Keakraban yang baru terjalin bersama mereka disini alhamdulillah telah membuahkan sebuah kenangan yang indah dan in shaa Allah ianya akan bertahan sehingga Nurul tamat pengajian disini. Dari mula jejakkan kaki disini, Nurul dijemput dengan senyuman oleh kakak-kakak senior yang digelar MPP dan TC. Disaat Nurul duduk ditempat pendaftaran, Nurul melihat sekeliling "Aku telah berada didalam sebuah tmpat asing yang tidak aku kenali sesiapa" Nurul mula sedar yang Nurul bukanlah ditakuk yang lama.

Ucapan salam dari seorang gadis beserta senyuman akhirnya telah memulakan satu perhubungan yang mesra. Kehadiran mereka rakan-rakan sebilikku yang tidak pernah Nurul kenal mahupun terserempak telah menimbulkan titik keserasian. Amirotul Nabila, Tuan Nurul Iman dan Lazuani merekalah peneman sepanjang Nurul disini. Alhamdulillah, mereka menerima Nurul seadanya.

Ya Khaliq, elakkan persengketaan antara kami sepanjang kami bersama.

Nurul mula tertarik dengan layanan kakak-kakak senior atau TC disini. Tidak lekang dari senyuman, kepenatan tidak mereka hiraukan. Majlis Taaruf telah mengajar Nurul pelbagai ragam insan-insan yang terpilih untuk menjadi pelajar disini. Yang buruk Nurul jadikan pengajaran, yang baik Nurul jadikan tauladan. Terima kasih kakak-kakak dan abang-abang kerana melayan dan menjaga kami dengan penuh tanggungjawab.

Telah masuk alam kuliah. Nurul takut jika kawan sekelas lain daripada dahulu. Namun, alhamdulillah walau hanya sehari perkenalan, Nurul mula tahu apa itu Kekeluargaan dalam Persahabatan. 

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, telah Kau temukan aku bersama hamba-hambaMu yang baik. Kekalkan hubungan persahataban kami ini Ya Allah.

Sujud Syukur Nurul kepada Allah telah takdirkan kehidupan Nurul yang baru disini. Semoga Kau mudahkan segala urusan setiap HambaMU :') Ameen Ya Rabbal Al-Ameen....

Friday, 14 November 2014

Nurul Saleh comeback!

Assalamualaikum! Aduhai rasa rindu nak create post utk blog nurul saleh yang dah lama tak bersentuh ni. Teringin nak buat comeback. Ececeh. Acah mcm ada yang membaca je. Hehehe. Btw, apa khabar semua? Mohon sihat-sihat saje ea? Cuaca yang tak menentu ni. Bnyk-bnyk minum air. Hah sweetkan?  Nurul mmg sweet+caring orangnya. Haha. Dah terlebih perasan pulak nanti.

So entry kali ni, Nurul nak bg korang tahu apa yang Nurul tgh buat skrang. Dah kata comeback. Hehe. Abaikan kalau rasa taknak baca. Hehe. So apa yang korang tahu sebelum ni, Nurul bekerja dekat UniKL. Bekerja ok, bukan blaja. Ramai yang tanya Nurul kos apa? Haha. Sebenarnya Nurul TEMPORARY dekat UniKL tu. As Admin Assistant sahaja di bahagian HR. Bnyk jugak pengalaman Nurul dpt dekat sana even hanya 4 bulan. Tapi, begitu bermakna. Dan Nurul skrang tahu, apa itu penat  bekerja utk dptkan wang. Mcm-mcm yang Nurul dpt dari bekerja. Terima kasih kpd pihak UniKL yang sudi memberi Nurul bekerja dan pernah menjadikan Nurul as photographer sepanjang Nurul dkat situ. Sedikit sbnyk Nurul dpt blaja cara-cara nak handle camera.

Lepas Nurul resign, Nurul duduk rumah as usual jadi babysitter buat anak-anak kesayangan. Haha. Makin duduk rumah, makin singalah jadinya Asyu dorang ni. Tapi, singa-singa pun belum smpai membaham lagi, setakat menjerit je adalah. *adakah singa menjerit? -.-“ mengaumlah maksud Nurul. At the same time, Nurul apply tempat blaja. Antaranya Unikl sendiri, Uniten, KPTM Bangi dan MSU. Tapikan, tiba-tiba hari tu, Nadia sebut pasal KUIS dkat Nurul. Nurul ni kadang-kadang bukanlah tahu sangat nama-nama kolej daerah Malaysia ni. Jadinya, Nurul try google KUIS ni. Rupanya ini adalah tmpat yang Nurul nak waktu masuk Diploma dlu. Tpi Nurul takut nak apply sbb requirement dorang mcm memerlukan islamic. Maksudnya, mcm bahasa arab. Nurul ni bahasa Arab last blaja waktu darjah 5 je. Itupun stakat BLAJA utk exam jelah. So takdelah niat nak apply time dip dlu. Jadinya, Nurul just apply suka-suka. Tak tgk pun requirement dia.  Main apply je.

Keesokkan harinya, *dah mcm karangan BM je. Nurul dpt panggilan dari MSU. Intake 3 Nov. Excitedlah skit. Saje try usha website KUIS masih dlm proses katanya Nurul punya application. Jadi Nurul pun tak mengharap sangatlah dengan KUIS ni. Even hati ni sangat teruja kalau dpt sana. Tunggulah offer letter dari Msu tapi, tak smpai-smpai. Nurul pun rasa terdetik nak check balik KUIS punya website. Tiba-tiba, dia bgthu suruh download surat Pra Tawaran! Nah, excitedlah jgak time tu. Suruh kakak yang bacakan, dia minta hantar kita punya document dlm masa tujuh hari. Tapi ada masalah teknikal skit, Nurul pos tepat hari ketujuh, kiranya hari last dia. Sebelum tu dah siap call KUIS tanya kalau hntar lmbat takpe ke, dorang kata boleh asalkan before tarikh daftar 19hb Nov ni.

Lepas 4 hari, Nurul saje nak tgk apa yang berlaku. KUIS dah dpt atau belum Nurul punya document tu. Nurul pun checklah. Lastly, ALHAMDULILLAH! Tahniah! Nurul Syuhaidah binti Mohd Saleh anda ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang…….adalah ayat dia. Panjg plak nak type. Hehe. Nurul time tu bukan main melompat lagi! Apa yang Nurul idamkan, alhamdulillah.. Nurul dpt jgak :’) Pnya berdoa Nurul untuk masuk KUIS. ALHAMDULILLAH, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadinya, skrang Nurul tgh counting days untuk menjadi Student KUIS. KUIS tu apa?

KUIS adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor :)


Jadi sekian, itulah antara story-story Nurul sepanjang Nurul tak update dkat blog. Ada kesempatan, Nurul akan share lagi. Wassalam~


Monday, 18 August 2014

Temporary in UniKL, Permanent in my mind :')

Kali pertama menjadi seorang pekerja. Bukan main debor rasa hati ni. Dup dap dup dap, Gaya mcm nak jumpa dgn bakal mertua. *mcm ad experience je kan? Hahaha

Well, nurul diterima masuk menjadi temporary clerk dkat UniKL. Tahu tak? Alah yang besau tu. Hehe.
First time masuk, secara tiba-tiba taw kena call suruh masuk kerja. Sepanjang perjalanan nak smpai tu, bukan main berzikir selawat lagu raya semua keluar. Nasib baik takbir tak keluar XD bila dah smpai, nak naik atas tu, phewwww. Bukan main seriau dia. Depan pintu je nurul dah macam pndg je cermin tu smbil berkata "pintu ni kalau aku tak nmpak mmg kena langgar dah" nak buat mcm mana, pintu cermin kan? Hehe.

First masuk jumpa dgn Kak Deja. Dia bawak duduk and isi borang semua, buat ID. Dlu buat ID student je, bila kena buat ID staff ni rasa kelainan. Mcm acah orang dah bekerjaya :p *walaupun hanya temporary kehkehkeh

Then jumpa Bos nurul. En.Man nama diberi. Baik orangnya. Lembut, bukan pemarah. Mcm nurul lah lembut orangnya *menipu skit hehe. Then, bila diperkenalkan dgn satu department, meh nurul sebut nama mereka Kak Ros, Kak Amla, Kak Aszil, Kak Izzah, Kak Syida, Kak Zie, Kak Linda, Abg Min, Abg Azli, Abg Nizam, En. Helmi, Kak Hajar, Kak Gee, Kak June, Kak Siti, Kak Ayu, En. Rizal, Din. Hah pheeewww. Satu nafas je semua tu. Nasib baik nama Kak Deja dah mentioned dkat atas, so takdelah sesak nafas sangat :p Tp ad lagi orang besar Pn. Yatie dgn En. Shamshul. Mereka adalah SM dan GM. Hah gitu. Shortform.

Mula-mula masuk mmglah nurul agak segan, rasa nak berhenti pun ada. Even ad nadia, still rasa mcm alahai. Takut dorang tak suka nurul. Huhu. But, bila dah lama. Alhamdulillah sangat :') they are my new big family. Nurul rasa suka and sangat best dgn suasana dkat situ. The way they treat me, they communicate with me. I feel awesome :D

Kalau nak ikut antara kisah terindah? Urm nurul rasa semua indah :') tipulah takde kisah duka. Ada tp nurul taknak pikir pun tu semua *dah kata duka

Jodoh? Hahaha. Usha orang tu normallah, TERusha laki orang, TERusha pakwe orang, TERusha bini orang EH! Nurul masih normal ok? Haha. Well said. Adalah tersuka. Tp, TER jelah. Tak simpan dalam hati pun XD Kalau nak cerita satu-satu cerita bnyk sangat. Boleh jadi novel nanti. Kejadian external hard disk. Uppsss! Hah gitu pnjg upps dia. Ada apa disebalik external? Tak payah nak curious sangat. Takde kisah pun. Saje acah gempak skit.

This month, my last month here :') happy! Sbb nak masuk blaja dah. Tp, sedih rindu. Jujurlah, akan rasa rindu dgn gelagat and karakter setiap drpd mereka tu :') Aduhai, kenangan terindah sangat rasanya. Mcm mana kali pertama bertegur sapa. Then, bergurau senda. Mereka terima nurul as new staff and temporary buat nurul rasa sangat terharu. Namun, setiap yang bertemu pasti akan berpisahkan? :')

Terima kasih Ya Allah kerana menemukan kami. Aku bersyukur kerana mereka menjadi sebahagian dalam perjalanan hidupku. Telah Kau catatkan  mereka dalam ceritaku. Semoga perpisahan yang bakal aku rasai hanyalah perpisahan yang sementara. Kau murahkanlah rezeki mereka, berikan mereka kebahagiaan. Ameeen~





Syu ingin memohon kemaafan seandainya Syu ada terkasar bahasa, tersalah gurau. Kenakalan dan keramahan Syu yang membuat kakak-kakak dan abang-abang tak selesa. Syu ingin memohon maaf. 

Terima kasih En. Man sudi memberi Syu tunjuk ajar. Kak Ros yang menggantikan tmpat nadia, tmpat syu bermanja. Kak Aszil yang bnyk memberi nasihat. Kak Deja yang bersusah payah menghantar syu balik saat hujan. Kak Syida, Kak Zie dan Kak Linda yang memberi Syu keselesaaan waktu pertama kali syu masuk. Abg Azli, Abg Min, Abg Nizam yang slalu buat syu ketawa. Kak Gee dan Kak Amla seperti mak utk syu. Kak Hajar. Kak Ayu, Kak Jun, Kak Siti, En. Helmi yang tidak pernh buat Syu rasa asing. Terima kasih sangat. Dan kpd Kak Mira yang menemani and buat Syu tak pernah rasa sunyi. Terima Kasih sangat!

Monday, 21 July 2014

MH17 dalam kenangan

Bulan puasa bulan yang penuh barakah. Dugaan dan ujian yang diberikan tanda Dia ingin menaikkan darjat kita :') Ya Allah berikan kami kekuatan dan ketabahan dalam menerima ujianMu.

Kehilangan MH370 masih menjadi tanda tanya. Sampai sekarang kita masih mencari jawapan. Setiap hari menantikan khabar dari pesawat itu. Mengharapkan agar terukir satu senyuman diwajah para keluarga yang telah berharap akan satu jawapan.

Hari yang diharapkan untuk memulakan dengan satu senyuman, namun apakah daya. Satu berita yang meragut setiap senyuman dan kegembiraan rakyat Malaysia. Pesawat mas MH17 ditembak. Hancur berkecai seperti kaca yang terhempas. Bukan hanya pesawat, namun harapan setiap penumpang yang ingin sampai di Malaysia. 

Harapan sebuah keluarga untuk beraya dikampung  halaman.
Harapan seorang anak untuk bertemu keluarga yang sudah lama tidak berjumpa.
harapan warga pelancong untuk melancong

dan

Harapan krew untuk menghantar kesemua penumpang dalam keadaan selamat.

Tanpa tahu erti kemanusiaan, pesawat ditembak dari langit dan jatuh kebumi. Tidakkah mereka bayangkan setiap nyawa yang berada diatas itu? Seorang bapa, seorang ibu, seorang anak? Dimana erti kasih sayang kamu wahai pengganas?

Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui segalaNya. Ke syurga tempat mereka, inshaAllah...

Yang pergi telah pun pergi,
Yang menanti, tetap menanti.

Ya Allah, berikan kami ketabahan dan kekuatan dalam menerima ujian dariMu.
 

Monday, 30 June 2014

Jangan pernah lupa, TAPI beringat!

Termenung sejenak bila memandang kearah orang yang kurang upaya. Ya Allah, sungguh tabah mereka dlm menjalani ujian dari Allah. Bukan mudah mengalami dugaan yang berat itu. Mereka sentiasa tersenyum walaupun dalam hati mereka terselit seribu duka.

Nurul teringat sewaktu Nurul memakai tongkat dahulu. 'Dia'lah peneman sejati Nurul. 'Dia' kekuatan Nurul. Terasa sangat sukar menjalani kehidupan tanpa kesempurnaan tubuh badan. Walap hanya untuk sementara, itu dah cukup buat Nurul rasa sangat lemah. Kelemahan dalam melakukan aktiviti harian yang Nurul biasa jalani. Jangan sesekali mengeluh atas ujian daripadaNya. 

Allah memberi ujian kerana Dia rindu akan kita, yang mungkin dalam tak sedar makin jauh dari Dia. Dia mendekatkan kita agar kita ingat padaNya. Allah berikan dugaan untuk menduga tahap keimanan kita. Kita tak tahu apa yang Dia rancangkan untuk kita. 

Kesakitan yang dia berikan adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Jangan sesekali kita mengeluh. Ketahuilah Allah sedang menaikkan darjat kita disisiNya. Istighfarlah. Dan sentiasa ingat kalau diberi ujian tu, maksudnya kita telah dipilih! Weeee~

Bila Nurul alami ujian atau dugaan, Nurul sentiasa ingat...


Kalau kita sedih, ingatlah ada orang yang lebih sedih dari kita,
Kalau kita susah, ingatlah ada orang yang lebih susah dari kita,
Kalau kita sakit, ada orang yang lebih sakit dari kita,

Bila kita berdiri, kena ingat ada orang yang sedang duduk kerana tiada keupayaan berdiri.
Bila kita tak boleh jalan, kena ingat ada orang lumpuh seumur hidup.
Bila kita sakit demam teruk, ingatlah ada orang yang terlantar tanpa boleh buat apa-apa seumur hidup.

Disaat kita rasa marah dengan keluarga, beringatlah ada orang yang hidup sebatang kara.
Disaat kita rasa kecewa, putus cinta. Beringatlah, jodoh itu ada. 
Disaat kita rasa dibenci, beringatlah pasti ada yang menyayangi.

Bila demam 'Ya Allah, dugaan apa yang Kau berikan sehingga aku lemah sebegini?'
Kita lupa kita demam untuk 5 hari, namun Dia dah kurniakan kesihatan yang sihat untuk 360 hari yang lain. 
Bila susah 'Ya Allah, apakah salahku hingga aku susah begini?'
Kita lupa yang Dia dah berikan kesenangan sebelumnya.
Sebenarnya kita lupa untuk bersyukur dengan setiap yang Dia anugerahkan. Oleh sebab itu, dia tarik untuk sementara untuk kita BERINGAT!

Nurul menaip untuk bacaan semua dan muhasabah diri Nurul sendiri, maafkan jika ada tersalah.

-Assalamualaikum-

Saturday, 28 June 2014

Mulianya Ramadhan :')

Bismillah, alhamdulillah dan bersyukur sangat sbb Nurul masih berkesempatan nak update blog. Allah masih memberi keizinan pada Nurul untuk merasai Ramadhan yang mulia tahun ini. Hanya satu Nurul mohon, semoga semua amalan Nurul dan ibadah yang Nurul lakukan diterimaNya :')

Mesti ada yang merindui Ramadhan kan? Nurul pasti semua umat Islam dimuka bumi ini amat tak sabar menantikan bulan yang penuh barakah ini. Sbb apa ea? Di bulan inilah, 

Pintu neraka akan ditutup,
Pintu Syurga akan dibuka,
Seksa neraka diberhentikan,
Syaitan diikat.

Lihatlah betapa mulianya bulan Ramadhan ini. Dalam bulan ini juga, Allah menganugerahkan malam Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. MasyaAllah~

Bulan yang mudah untuk kita mendapatkan membuat amal kebajikan dan mendapat pahala.Malam td, first terawikh Nurul pergi. Ustaz Raihan ada bg tazkirah tentang Ramadhan. Apa yang menarik perhatian Nurul adalah, di saat dia berkata 

Bukanlah amalan yang membantu kamu masuk ke syurga, namun RAHMAT dan KEAMPUNAN dari Allah itulah yang penting!

Bila Nurul pkir balik, ea. Kalau kita melakukan amalan, namun tak ikhlas ataupun kita menunjuk-nunjuk, pasti tidak dapat rahmat dan keampunan dari Dia. Subhanallah~

Jadi marilah kita mengejar pahala, dalam mengejar itu jgn lupa membawa bekal amalan yang ikhlas dan make sure amalan itu memenuhi syarat untuk kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah. 

Tp jangan lupa ea? Nafsu manusia ni sangat kuat kalau keimanan kita rendah. Jadi jangan terlalu ikut nafsu tu, mungkin syaitan diikat, namun nafsu tu masih ada :)

Tak lambatkan untuk Nurul nak ucapkan 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


-Amin Ya Rabbal Al-Amin-
 
Sexy Pink Heart - Busy